INSOLE LARRIE JADI PILIHAN, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada yang bertanya apakah itu insole, ini untuk anda.
Seriously kasut memang jadi kegemaran kak lily untuk di beli setiap bulan, bukan kerana cantik tapi keselesaan yang kak lily cari.
INSOLE LARRIE
Sebelum bercerita dengan lanjut, biar kite kongsikan sedikit latarbelakang tentang jenama Larrie.
LARRIE
Jenama kasut tempatan yang ada di industri ini sejak 1978 dan kini melangkah setapak lagi ke hadapan .
Dengan menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka.
INSOLE
Pemakaian kasut yang selesa adalah penting untuk penjagaan kaki pada jangka masa yang panjang.
LARRIE telah mengeluarkan 2 jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki mahupun wanita.
KEBAIKAN MENGGUNAKANNYA
Dapat mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan kita serta menyelaraskan semula kaki anda jika overpronate (roll in) atau supinate (roll out).
PENTINGKAN KESELESAAN
“Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fashion, kami juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka.
Keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut. Kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan”
-kongsi Lenson Chong, selaku Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd
LARRIE REBOUND FOAM FOOTBED
Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa. Serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan.
PENGALAMAN BERJALAN SELESA
Dapat membantu membentuk kaki anda serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa.
Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokong pemakaian sepanjang hari
Mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.
REKA ACUAN BENTUK U
Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.
LARRIE WOMEN EXTRA COMFORT INSOLE
Untuk para wanita pula, LARRIE mereka LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles.
Selain ianya anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free-size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut size kaki sendiri dengan mudah.
KURANGKAN SAKIT WAKTU RIADAH?
Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong.
BERI KESEIMBANGAN DAN KESTABILAN
Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki kita.
Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki.
Kedua-kedua LARRIE insoles boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00