Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE HANTAR JUADAH RAMADAN | Juadah Ramadan terkenal Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) digemari ramai mempunyai misi khas. Tahun ini permintaan boleh dihantar terus ke rumah anda dari 13 April hingga 11 Mei 2021.
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
Pastinya apabila Ramadan tiba, ini adalah diantara lokasi menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Mana taknya pelbagai hidangan lazat dan sedap daripada chef mereka.
“Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang mulia ini kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Bagi Pusat Konvesnyen, Ramadan sentiasa merupakan bulan yang penting dan istimewa yang ingin dikongsi bersama masyarakat kita.
Dengan cabaran yang dihadapi akibat pandemik pada tahun ini, kami memberi keutamaan kepada usaha mengukuhkan komitmen. Ini bagi membolehkan kita sama-sama menunaikan kewajipan kita pada bulan yang diberkati ini.
TAWARAN BERBUKA PUASA
Tawaran berbuka puasa kami tahun ini disediakan khas. Hanya tahun ini sahaja dimana kami memastikan anda dapat menikmati juadah tradisional tempatan. Semestinya dengan selamat dan sihat, terus dari hati kami ke rumah anda.”
-Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Jaafar.
KEUNIKAN MENU RAMADAN
Ciri keunikan menu Ramadan kali ini ialah set buka puasa dan hidangan ala-carte. Boleh dipesan untuk dihantar ke rumah atau diambil sendiri.
Set untuk 2 hingga 3 orang disediakan pada harga bersih RM99.80. Manakala juadah untuk 4 hingga 5 orang pada harga bersih RM199.
Kedua-dua set disertakan dengan kudapan dan manisan untuk berbuka puasa yang diberikan secara percuma. Lauk yang boleh dipesan berasingan turut disediakan. Memberikan pilihan untuk menyesuaikan set mengikut selera masing-masing.
JAMUAN BERBUKA PUASA
Bagi syarikat korporat yang ingin mengadakan jamuan berbuka puasa dengan pelanggan dan rakan niaga pun ada.
Kuala Lumpur Convention Centre membawakan empat pilihan menu bergilir pada harga bersih RM148. Selain menyediakan kemudahan mengambil wuduk dan tempat bersolat.
SOP KETAT DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
“Dalam suasana mencabar ini, keutamaan kami adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat kita. Tidak lupa juga pada pasukan dan pelanggan kami serta ahli keluarga mereka dan orang ramai.
Untuk majlis berbuka puasa korporat di Pusat Konvensyen, kami akan mengambil langkah berjaga-jaga ketat dan mematuhi sepenuhnya SOP keselamatan.
Untuk memastikan lebih ramai orang dapat menikmati hidangan yang kami sediakan, ini berita baik. Buat pertama kali kami memperkenalkan pilihan pesanan dan penghantaran ke rumah.”
-Chef Masakan Melayu Pusat Konvensyen, Chef Baharuddin Hj Jaafar.
JUADAH RAMADAN KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
Juadah Ramadan Pusat Konvensyen meliputi empat menu khas untuk setiap minggu yang menghidangkan pelbagai sajian Melayu asli kegemaran ramai. Ini termasuk masakan unik Pusat Konvensyen seperti
daging masak hitam rempah sangai tumis darat hasil air tangan Chef Bahar.
ayam kunyit teresek minang sayur maman daripada Chef Imran.
daging campur gulai kawah pisang muda dan kedondong yang disediakan oleh Chef Azrie.
Anda boleh melihat pelbagai menu yang disediakan dan membuat pilihan anda di sini.
Untuk informasi lanjut, boleh layari di
Website | Facebook | Instagram