KOPETRO CATERING INFAQ UNTUK MANGSA BANJIR -THE BEST !

KOPETRO CATERING INFAQ UNTUK MANGSA BANJIR -THE BEST ! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pastinua sekarang ramai ingin membantu mangsa-mangsa banjir. Ada yang menyumbang tenaga, barangan mahupun kewangan.

KOPETRO CATERING

KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor .

PROGRAM INFAQ

Membantu melalui program infaq pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementera.

Program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering.

Pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan.

Program infaq pek makanan ini juga mensasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba. mereka antara yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

-kongsi Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO

MINIMUM 20 PEK – BOLEH PILIH MENU

Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih dua set menu. Set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek.

Penghantaran ke pusat pemindahan sementara yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering. 

BANTU MANGSA BANJIR

Pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara. Berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infaq pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan.

Dapat membantu dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat permindahan sementara. 

-kongsi Ahmad Shakir.

PAKEJ KOPETRO CATERING

KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat. Terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting), yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu PKP rancak diperketatkan.

Mohd. Safwan ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, Selangor. Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infaq dari 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal.

-Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO

LENGQUAS KELUARAN KOPETRO CATERING

Turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food. Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019.

LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam.

Selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam.

Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia. Layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge