SITI: ARE YOU READY? TENTANG DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat atau Sitizoners, are you guys ready? Inilah yang dinantikan
SITI: ARE YOU READY?
Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd, baru saja mengadakan tayangan gala perdana “Siti: Are You Ready?”. Ianya sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas.
Selain itu persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert “Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour” di tiga buah negara. Iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur) pada tahun 2019 lalu.
FILEM DOKUMENTARI
Filem dokumentari ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian. Serta memaparkan perjuangan beliau ‘berlawan’ dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju ke hari konsert.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar.
Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buat Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini.
Segala pengalaman bersama para peminat dan rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini.
Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.
DUA ANAK JIWA BESAR SEBAGAI PENGARAH
Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? mempamerkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.
Kebolehan dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi. Serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung.
Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Penuh jiwa dan rasa!
Aspek dokumentari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan kehidupannya.
Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di hadapan kamera. Dan anda perlu menjadi sebahagian dari penonton hari – hari bersejarah beliau.
Dengan kejayaan projek ini menjadikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai artis Malaysia pertama yang mencipta sejarah menerbitkan dokumentari seumpamanya.
Sekaligus meletakkan dirinya sebaris dalam barisan artis antarabangsa seperti Beyonce, Lady Gaga dan Swift Taylor yang mana turut pernah melakukan perkara yang sama.
Filem dokumentari, “Siti Are You Ready?” akan mula ditayangkan di saluran Astro First mulai 30 Disember 2021.
DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR – LIVE IN CONCERT
Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert” ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan. Di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019.
Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur)
Ianya dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah.
Mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif dari pihak media setiap negara.
Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert. Menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat.
Rata-rata peminat dan pengamal media memuji sistem bunyi, penatacahayaan, repoirtaire dan pastinya vokal bertenaga dalam bersahaja Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ikon seni negara ini.
Tulus turut diundang untuk menghangatkan lagi suasana konsert dengan dendangan lagunya dan juga duet bersama ‘tuan rumah’ konsert.
“Siti Are You Ready?” & Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour – Live In Concert boleh mula ditonton di saluran Astro First 480 pada 30 Disember 2021 ini.
Pihak Astro menyediakan pakej menarik iaitu dengan hanya RM19.90 orang ramai boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem in menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro First.
Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99 dan boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
KENAPA TIKTOK
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, turut memilih TikTok, platform yang paling pesat berkembang untuk penemuan muzik. Secara eksklusif bagi memperkenalkan filem dokumentari Siti: Are You Ready?” dan Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour – Live In Concert.
Ada juga tayangan trailer rasmi, sebuah temubual di balik tabir dengan tenaga produksi filem, cabaran hashtag, #SitiAreYouReady, dan Malam Gala Perdana. Beliau memulakan akaun TikToknya apabila lockdown berlaku di Malaysia dan telah mengumpulkan lebih 1.3 juta peminat di platform tersebut.
Sejak itu sebagai pengguna aktif, Siti telah melihat potensi aplikasi tersebut dan teruja untuk berkongsi dokufilem pertamanya secara eksklusif di TikTok!