Awie, Erra Fazira & Ziana Zain Kembali Bersatu! Sembilu 2.0 Bakal Gegarkan Stadium Merdeka Januari Ini

Masih ingat filem Sembilu yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu? Kisah cinta, konflik dan lagu-lagu yang sampai sekarang masih melekat dalam ingatan peminat bakal kembali menghidupkan suasana!

KONSERT SEMBILU 2.0 THE LAST REUNION

Kali ini, nostalgia tersebut dibawa ke pentas lebih besar menerusi Sembilu 2.0 The Last Reunion Live in Concert yang bakal berlangsung pada 16 Januari 2027 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Lebih menarik, konsert ini bakal menghimpunkan tiga nama yang cukup sinonim dengan fenomena Sembilu iaitu Datuk Awie, Erra Fazira dan Datuk Ziana Zain.

Bayangkan apabila lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai kembali bergema secara langsung, ditambah pula dengan kemunculan figura yang pernah mencuri perhatian menerusi filem ikonik tersebut. Memang boleh buat peminat terkenang zaman dulu!

SEMBILU KEMBALI DENGAN REUNION LEBIH GEMPAK

Selepas sambutan menggalakkan terhadap konsert Sembilu yang berlangsung pada Februari lalu, TJTM Entertainment kini tampil dengan edisi kedua yang membawa tema The Last Reunion.

Kali ini, peminat boleh menjangkakan persembahan dengan skala produksi lebih besar, konsep pentas yang lebih gah serta susunan muzik yang diberikan nafas baharu.

HIDUPKAN KEMBALI TARIKAN UTAMA FILEM SEMBILU

Bukan sekadar datang untuk menyanyi, setiap persembahan dirancang bagi menghidupkan kembali suasana romantis, konflik dan persahabatan yang pernah menjadi tarikan utama filem Sembilu.

Paling menarik, pihak penganjur turut menyimpan beberapa kejutan menerusi penglibatan artis jemputan yang masih belum didedahkan.

Siapa agaknya yang bakal muncul? Ada nama yang peminat tak sangka akan naik pentas bersama mereka? Kita tunggu pengumuman seterusnya!

SEMUA ADA DISATU PENTAS!

Tiga nama besar ini pastinya menjadi antara sebab utama peminat tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan Sembilu 2.0.

AWIE, ERRA DAN ZIANA ZAIN

Awie dengan vokal rock yang cukup ikonik, Erra Fazira yang mempunyai tempat tersendiri dalam dunia hiburan tanah air serta Ziana Zain dengan suara dan lagu-lagu yang sentiasa dekat di hati peminat.

Gabungan mereka dalam satu persembahan pastinya membawa nostalgia tersendiri, terutama buat mereka yang pernah mengikuti perjalanan filem Sembilu.

Bagi generasi yang membesar dengan lagu-lagu daripada filem tersebut, konsert ini boleh menjadi peluang untuk mengimbau kembali kenangan lama. Manakala peminat generasi baharu pula berpeluang merasai sendiri keistimewaan karya yang pernah mencipta fenomena.

EZUWAN ISMAIL KEMBALI DENGAN SEMBILU 2.0

Konsert ini diterajui oleh pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menerusi TJTM Entertainment. Sebelum ini, beliau turut terlibat dalam penganjuran konsert Sembilu serta konsert 40 Dekad Fauziah Latiff yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Untuk edisi kali ini, Stadium Merdeka dipilih sebagai lokasi bagi menghimpunkan peminat dalam sebuah persembahan berskala mega.

TIKET SEMBILU 2.0 MULA DIJUAL 27 NOVEMBER 2026

Dah mula rasa teruja? Kalau korang memang peminat Awie, Erra dan Ziana, bolehlah bersedia untuk mendapatkan tiket. Jualan tiket rasmi akan dibuka pada 27 November 2026, jam 12 tengah hari menerusi laman web iLasso Tickets.

Pembelian tiket boleh dibuat di sini: www.ilassotickets.com/sembilu2

Nampaknya Januari 2027 bakal menjadi malam penuh nostalgia buat peminat Sembilu. Lagu-lagu lama, kenangan silam dan tiga figura yang pernah mencipta fenomena kini kembali dalam satu pentas.

Sembilu 2.0 The Last Reunion – kalau dulu kita jatuh cinta dengan Sembilu, kali ini kita raikan memorinya sekali lagi!

By Nannie Isa

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *