KONSERT NURKASIH SLAM 6 OGOS 2023, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zamani dan kumpulan SLAM berpisah tiada.
Nurkasih, Gerimis mengundang, Kembali Terjalin, Tak mungkin berpaling Rindiani dan banyak lagi antara lagu lagu malar segar dan hit kumpulan SLAM.
Tidak perlu dipertikaikan rangkaian lagu lagu SLAM sentiasa menarik minat peminat mereka.
KUMPULAN SLAM
Kehebatan kumpulan SLAM serta aura mereka sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka sentiasa mendapat sambutan hebat dari peminat peminat setia mereka.
Kumpulan SLAM dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap peminat peminat mereka terus memberi sokongan padu buat SLAM.
Konsert Nurkasih SLAM akan bermula pada jam 8.30 malam. Bakal membawakan sekitar 18 – 20 lagu lagu hits mereka yang pasti membawa kenangan indah buat peminat.
Konsert ini dibawakan oleh AVG & WMD selaku penganjur utama , manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategic bagi konsert tersebut.
HARGA TIKET
Tiket berharga RM198(festival), RM 298 (Cat 2 – kerusi), RM458 (VIP – kerusi & akan mendapat goodie bag serta meet and greet bersama SLAM ).
RM 5000 (Royal Box & ada mocktail , goodie bag serta meet and great bersama SLAM ).
Apa yang menarik buat Konsert Nurkasih 4kotak Royal box telah terjual semenjak hari pertama dibuka untuk jualan pada 5hb May yg lalu.
Begitu juga dengan tiket tiket tiket yang lain juga mula mendapat sambutan hangat
Website Tiket| Illaso Tiket: 03-21706333