KONSERT LEFTHANDED 40 TAHUN ROCKESTRA PASTI BEST!

KONSERT LEFTHANDED 40 TAHUN ROCKESTRA PASTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apabila bercerita mengenai muzik rock tanah air, nama kumpulan Lefthanded antara yang disebut.

Diletakkan antara ‘ranking’ paling atas dalam senarai kumpulan rock tanah air selain Search, Wings, May, Bloodshed dan banyak lagi.

LEFTHANDED

Sejak dikenali selepas menyertai pertandingan Juara Rock pada 1983, Lefthanded terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Kini, bersama dua anggota yang cukup sinonim dengan Lefthanded iaitu Man Kidal (gitar) dan Datuk Nash (penyanyi).

Disertai oleh Hafiz Dayak (dram), yang juga anak bekas pemain dram Lefthanded, Allahyarham Man Dayak, Ritz (gitar), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass).

KONSERT LEFTHANDED 40 TAHUN ROCKESTRA

Mereka bersama kumpulan orkestra yang bakal diumumkan nanti akan menggegar dengan Konsert Lefthanded 40 Tahun Rockestra di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 3 Jun ini jam 8.30 malam.

Ia dianjurkan Menara Network Sdn Bhd sempena 40 tahun penubuhan Lefthanded.

TERCETUS IDEA DARI MAN KIDAL

Idea mengadakan konsert ini tercetus apabila berjumpa dengan Man Kidal. Kebetulan Man Kidal juga memang merancang untuk mengadakan konsert Lefthanded sempena 40 tahun penubuhan mereka.

“Selepas beberapa perbincangan, akhirnya impian ini menjadi kenyataan,”

-kata pemilik Menara Network Sdn Bhd, Datuk Abdul Razif Asmuni

Lefthanded menjadi pilihan mereka kerana ia adalah ‘top 3’ kumpulan rock legenda di Malaysia.

“Ada banyak kumpulan rock di Malaysia, tetapi mereka adalah ‘top 3’ seiring dengan Search dan Wings. Mereka ada banyak lagu popular dan diingati kebanyakan peminat muzik tanah air.

KONSERT ROCKESTRA

“Konsert ini diadakan bersama orkestra kerana mahukan muzik yang lebih rileks. Mereka tetap rock, tetapi dengan orkestra, muziknya akan menjadi lebih lunak.

Tidaklah terlalu bingit dan sedap didengar. Sesuailah dengan kebanyakan peminat Lefthanded yang kini sudah berusia 40 tahun ke atas.

Mahu lebih rileks dan berada dalam keadaan duduk jika menonton konsert,” katanya.

CERITA TENTANG PERJALANAN LEFTHANDED

Konsert berdurasi di antara dua setengah jam ke tiga jam itu juga akan menceritakan mengenai perjalanan muzik Lefthanded selama 40 tahun dari awal hinggalah yang terkini.

Bakal membawa 15 ke 20 lagu dan memilih Rio Rasul sebagai penggubah muzik kali ini.

TIKET KONSERT LEFTHANDED 40 TAHUN ROCKESTRA

Tiket-tiket berharga RM99, RM158, RM238, RM288, RM328, RM488 dan RM588 (Meet & Greet) boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.

SEJARAH LEFTHANDED

Lefthanded memiliki enam album studio iaitu Keadilan pada 1986, Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme (1991) dan Syurga & Neraka (1999).

Sebelum itu, mereka pernah tampil dalam dua album kompilasi iaitu Battle Of The Bands I dan II pada 1985 dan 1986 bersama Bloodshed, Rahim Maarof & Whitesteel, Ella & The Boys dan SYJ.

Selain Man Kidal dan Nash, Lefthanded pernah dianggotai Yan (bass), Allahyarham Samad (gitar), Allahyarham Man Dayak (dram) dan Isa (keyboard).

Selain itu, Datuk Ramli Sarip, Allahyarham Arab, Roy, Rahim Maarof dan Hamid pernah menjadi penyanyi Lefthanded.

Website Ticket2u|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge