BERITA GEMPA SWEET CHARITY, SESUATU YANG AWESOME BAKAL TIBA!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi pada lagu seperti Zakiah, Kamelia mahupun Batu?

Jika anda masih mengingati lagi lirik dan lagu ini, ini berita baik untuk anda. Kenal dengan kumpulan bernama Sweet Charity?

BERITA GEMPA SWEET CHARITY

Kumpulan rock ikonik rantau ini bakal kembali beraksi dalam Konsert Berita Gempa yang dinanti-nantikan di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai 2023.

KONSERT BERITA GEMPA SWEET CHARITY

Meraikan kemunculan semula setelah 11 tahun sejak kali terakhir Sweet Charity beraksi bersama di atas pentas.

Peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu klasik popular kumpulan itu, termasuk ‘Kamelia’, ‘Teratai’, ‘Sejuta Wajah’ dan banyak lagi.

Ianya menjanjikan perjalanan nostalgia mengimbau kenangan buat peminat setia mereka dan peluang menikmati muzik mereka secara langsung buat peminat baharu.

JELAJAH NEGARA MANA?

Konsert Berita Gempa bakal menjelajah ke seluruh negara, dengan Johor Bahru sebagai destinasi pertama sebelum menuju ke Sabah, Miri, Langkawi dan akhirnya Kuala Lumpur.

Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan legenda yang kekal antara yang paling berpengaruh dalam persada muzik rock.

KENAPA KONSERT BERITA GEMPA?

Diambil sempena judul album terakhir Sweet Charity dan lagu utama album tersebut dan bukan sekadar penghargaan buat album klasik tersebut.

Ia juga turut memberi penghormatan buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.

Sweet Charity ingin menjentik kesedaran terhadap isu global semasa termasuk bencana alam dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui muzik mereka.

SIAPA BAKAL KEMBALI?

Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar dan Rahman Sarbani bakal kembali dengan bertenaga, menjanjikan persembahan yang cukup unik dan menggegarkan sekali lagi buat industri muzik tanah air.

Tanda kalendar anda dan bersedia untuk dipukau oleh aksi hebat Sweet Charity yang pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Suatu jelajah bermakna yang wajib disaksikan peminat dan serata penggemar muzik!

DIBAWAKAN OLEH

Penganjur konsert kali ini adalah Megatix Malaysia selaku ejen tiket rasmi dengan kerjasama rakan promoter, Lampuneon. Maklumat lanjut mengenai konsert, jelajah dan jualan tiket bakal dimaklumkan kelak.

Nantikan pada 29 Julai 2023 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru. Bermula pada 8:45 malam hingga 11:45 malam.

Website Tickets

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge