KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA

KOLEKSI MERDEKA 2024 PROSPEC KPM X FAZURA OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek telah sudi melancarkan secara rasmi koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini.

TUDUNG FAZURA PURPLE LABEL

Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan FAZURA. Ini salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67. Koleksi Merdeka 2024.

ADA BERAPA REKAAN?

12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.

Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Bukan itu saja setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.

PELANCARAN BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN

Majlis pelancaran rasmi yang diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM

Juga hadir Setiausaha Bahagian KPM dan hampir 300 orang tetamu jemputan. Susulan peluncuran koleksi Merdeka 2024 YB Puan Fadhlina binti Sidek, majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan persembahan oleh Ella selaku artis jemputan.

KERJASAMA PERTAMA KALI KELAB PENJAWAT AWAM

Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya melibatkan kelab penjawat awam dengan jenama FAZURA khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan. Disasarkan lebih banyak kerjasama sedemikian akan diteroka untuk kepentingan bersama terutama dalam konteks kerjasama awam- swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat.

Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khasi ni dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726 untuk maklumat lanjut.

Pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge