Posted in

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE PERKUKUH KEYAKINAN PELANGGAN MALAYSIA

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Kia Sales Malaysia lancar Kia Ownership Experience dan Kia Maintenance Plan untuk tingkatkan pengalaman pemilikan, servis selepas jualan dan keyakinan pelanggan di Malaysia.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Kia Sales Malaysia (“KSM”) terus memperkukuhkan keyakinan pelanggan menerusi pelancaran program Kia Ownership Experience, sebuah inisiatif berfokuskan pemilikan yang menandakan langkah penting dalam strategi jenama Kia untuk “Return, Rebuild and Reposition” di Malaysia.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

KIA KEMBALI DEKATI PELANGGAN

Berlangsung dari 11 hingga 17 Mei 2026 di Kia Glenmarie 3S Centre, program selama seminggu ini menjadi platform penting untuk Kia kembali mendekati pelanggan sedia ada sambil memperkukuh pengalaman selepas jualan, servis dan penjagaan pelanggan secara menyeluruh.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KSM, Hyung Ho Kim berkata, Kia Ownership Experience diwujudkan bagi membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan selain meningkatkan standard perkhidmatan selepas jualan di seluruh rangkaian Kia yang semakin berkembang di Malaysia.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lebih meyakinkan, selesa dan bernilai kepada pelanggan Kia di Malaysia,” katanya.

Program tersebut turut memberi peluang kepada pelanggan, media dan komuniti Kia melihat sendiri usaha KSM dalam memperkukuh operasi selepas jualan serta meningkatkan standard servis jangka panjang.

TIGA FOKUS UTAMA : RETURN, REBUILD AND REPOSITION

FOKUS PADA PENGALAMAN PEMILIKAN

Berteraskan tiga fokus utama iaitu Return, Rebuild and Reposition, Kia terus memberi penekanan terhadap pertumbuhan mampan, inovasi dan pengalaman pemilikan premium.

Sebagai sebahagian daripada usaha itu, KSM turut menggunakan platform ini untuk memahami keperluan pemilik Kia di Malaysia selain meningkatkan kepakaran teknikal dalam kalangan rangkaian pengedar tempatan.

KETAHANAN KENDERAAN KIA

Menariknya, beberapa model Kia yang menyertai program ini telah merekodkan jarak perjalanan melebihi 400,000 kilometer, sekali gus membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan jangka panjang kenderaan Kia di Malaysia.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Pengarah Urusan KSM, Emily Lek berkata, fokus utama syarikat ketika ini adalah memperkukuh operasi pengedar, memastikan bekalan alat ganti mencukupi serta menawarkan nilai pemilikan terbaik kepada pelanggan.

PERCEPAT PROSES SERVICE KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Menurut beliau, Kia kini mempunyai gudang alat ganti khusus seluas hampir 35,000 kaki persegi bagi mempercepatkan proses servis dan meningkatkan kecekapan penyelenggaraan.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

“Kami turut memperkenalkan proses servis 10 langkah yang direka untuk memberikan pengalaman lebih lancar dan telus kepada pelanggan, bermula daripada tempahan janji temu sehinggalah penghantaran semula kenderaan,” jelasnya.

PAKAR TEKNIKAL GLOBAL KIA SERTAI PROGRAM DI MALAYSIA

Kia Ownership Experience turut menampilkan demonstrasi teknikal eksklusif yang diketuai oleh Hyung Gyu Choi, pakar teknikal global Kia dengan pengalaman lebih 34 tahun dalam bidang servis selepas jualan dan teknikal automotif.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Sepanjang program berlangsung, beliau bersama pasukan teknikal KSM akan memeriksa lebih 100 kenderaan Kia termasuk model Forte, Cerato, Optima, Picanto, Sorento, Grand Carnival, Sportage dan Sephia.

PELBAGAI MANFAAT UNTUK PELANGGAN

Pelanggan yang menyertai program ini turut menikmati pelbagai manfaat termasuk minyak enjin percuma, pengelap cermin Kia serta cucian kereta selepas pemeriksaan dilakukan. Program ini turut disokong oleh beberapa rakan industri termasuk TotalEnergies, Goodyear, TRAPO dan EV Connection.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Selain promosi eksklusif dan hadiah menarik, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti Family Day dari 15 hingga 17 Mei 2026 termasuk sesi perkongsian teknikal, aktiviti kanak-kanak dan peluang melihat produk serta servis terkini Kia.

KIA MAINTENANCE PLAN BARU

TAWAR KOS SERVIS LEBIH TERKAWAL

Antara pengumuman paling menarik dalam program ini ialah pelancaran Kia Maintenance Plan, pelan penyelenggaraan pertama Kia di Malaysia yang menawarkan kos servis tetap sehingga lima tahun. Pelan ini membolehkan pelanggan membuat pembayaran awal untuk penyelenggaraan berkala tanpa perlu risau tentang kenaikan kos buruh, alat ganti atau minyak enjin pada masa hadapan.

KIA OWNERSHIP EXPERIENCE

Pelan ini kini tersedia untuk model terpilih seperti Kia Sportage dan Kia Carnival. Kia Maintenance Plan merangkumi servis penting seperti:

✔ Penukaran minyak enjin sintetik penuh dan penapis minyak
✔ Penukaran penapis kabin
✔ Penukaran penapis udara enjin
✔ Penukaran cecair brek
✔ Penukaran palam pencucuh
✔ Pemeriksaan pelbagai titik kenderaan secara menyeluruh

KIA GLENMARIE TINGKATKAN PENGALAMAN PREMIUM

Kia Ownership Experience berlangsung di pusat 3S utama Kia Glenmarie yang bakal dikendalikan oleh Cycle & Carriage, sekali gus memperkukuh lagi rangkaian pengedar dan servis selepas jualan Kia di Lembah Klang.

Dengan keluasan binaan lebih 39,000 kaki persegi, fasiliti moden ini mampu mempamerkan sehingga lapan kenderaan pada satu masa selain dilengkapi 20 ruang servis operasi bersama sistem diagnostik terkini yang diluluskan pengeluar.

Langkah ini mencerminkan kesungguhan Kia untuk membawa pengalaman pelanggan ke tahap lebih premium, moden dan menyeluruh seiring pertumbuhan jenama itu di Malaysia.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *