Posted in

FORD EVEREST 2026 – 3 VARIAN SUV PREMIUM DILANCARKAN!

FORD EVEREST 2026

Pasaran SUV premium Malaysia menerima suntikan baharu apabila Sime Darby Auto ConneXion-Ford secara rasmi memperkenalkan tiga varian baharu Ford Everest sempena Sime Motors MotorExpo 2026.

FORD EVEREST 2026

Barisan baharu ini – Everest Platinum 3.0L, Everest Platinum 2.0L dan Everest Sport 2.0L – hadir dengan peningkatan ketara dari segi kuasa enjin, kemampuan off-road serta keselesaan kabin premium, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Everest dalam segmen SUV 7-tempat duduk di Malaysia.

Majlis pelancaran turut disaksikan oleh barisan pengurusan Ford dan Sime Motors termasuk Thomas Dixon, Turse Zuhair, Vi Thim Juan dan Edin Causevic.

EVEREST PLATINUM 3.0L

SUV FLAGSHIP PALING MEWAH

Varian tertinggi, Everest Platinum 3.0L V6, kini menjadi model paling premium dalam barisan Ford Everest di Malaysia dengan harga RM430,888 (tanpa insurans).

ENJIN 3.0 LITER V6 TURBO-DIESEL

Ia dikuasakan enjin 3.0-liter V6 turbo-diesel yang menghasilkan 250 PS dan 600 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan serta sistem 4WD ElectroMagnetic Transfer Case (EMTC) untuk prestasi pemanduan lebih stabil di jalan raya mahupun laluan mencabar.

FORD EVEREST 2026

Rekaan luarannya tampil lebih eksklusif dengan lampu Matrix LED, C-Clamp DRL ikonik FORD, Rim aloi 21 inci Dan Emblem ‘PLATINUM’ pada badan kenderaan.

WARNA EVEREST PLATINUM 3.0L

Pilihan warna: Acacia Green, Meteor Grey dan Absolute Black.

EVEREST PLATINUM 2.0L

VERSI LEBIH PRAKTIKAL & HARIAN

Bagi mereka yang mahukan keseimbangan antara kemewahan dan kegunaan harian, Everest Platinum 2.0L ditawarkan pada harga RM348,888.

FORD EVEREST 2026

ENJIN 2.0 LITER TURBO DIESEL

Model ini dikuasakan enjin 2.0-liter turbo-diesel dengan 170 PS dan 405 Nm tork, dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan SelectShift serta sistem 4WD Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF). Ciri premium termasuk Gril baharu lebih eksklusif, Lampu Matrix LED + DRL C-clamp Dan Rim 20 inci.

WARNA FORD EVEREST PLATINUM 2.0L

Pilihan warna: Acacia Green, Meteor Grey, Arctic White dan Absolute Black.

EVEREST SPORT 2.0L

SUV LASAK DENGAN DNA SPORTY

Varian paling “muda” dalam keluarga ini ialah Everest Sport 2.0L yang ditawarkan pada harga RM316,888.

ENJIN 2.0L TURBO DIESEL

Ia mengekalkan enjin 2.0L turbo-diesel (170 PS / 405 Nm) bersama transmisi 10-kelajuan SelectShift, sistem ESOF dan mod pemanduan off-road termasuk Mud/Ruts dan Sand. Rekaan luaran lebih agresif dengan Gril sporty hitam, Aksen hitam penuh, Lampu LED +DRL C-Clamp Dan RIM 20 inci.

FORD EVEREST 2026

WARNA FORD EVEREST SPORT 2.0L

Pilihan warna: Command Grey, Lightning Blue, Arctic White dan Absolute Black.

SUV PREMIUM UNTUK GAYA HIDUP MODEN

Menurut Turse Zuhair, Ford Everest terus mendapat kepercayaan pelanggan Malaysia kerana gabungan ketahanan, keselesaan dan kepraktisan harian.

“Dengan varian baharu ini, kami memperluaskan pilihan untuk memenuhi gaya hidup pelanggan – sama ada keluarga, perjalanan harian, atau pengembaraan lasak,” katanya.

FORD EVEREST 2026

Beliau turut menegaskan bahawa peluasan ini mengukuhkan lagi portfolio Ford di Malaysia dalam segmen SUV yang semakin kompetitif.

HARGA & KETERSEDIAAN

✔ Everest Platinum 3.0L: RM430,888
✔ Everest Platinum 2.0L: RM348,888
✔ Everest Sport 2.0L: RM316,888

Semua varian kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar sah Ford di seluruh negara.

SUV YANG SEMAKIN DOMINAN DI MALAYSIA

Dengan tiga varian baharu ini, Ford Everest 2026 bukan sekadar SUV keluarga, tetapi kini menjadi simbol gabungan kuasa, teknologi dan gaya hidup premium untuk pasaran Malaysia yang semakin berkembang.

FORD EVEREST 2026

https://ford.simemotors.my

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *