Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kempen Rantaian Kasih Habib 2019 Buat Pelanggan Setia| Habib kini sedang mengadakan Bazaar Ramadan sebagai acara kemuncak Kempen Rantaian Kasih Habib bersempena sambutan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi serta dalam masa yang sama sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia mereka yang senentiasa memberi sokongan.
Sempena Aidilfitri 2019, Habib yang merupakan jenama terkenal yang cukup sinonim dengan pembuatan barang kemas mewah mempersembahkan koleksi Rantaian Kasih yang berinspirasikan motif seni kraftangan batik yang telah diberi nafas baru menerusi suntikan elemen kontemporari.
“Habib memakan masa bertahun-tahun lamanya, bertungkus lumus untuk menghasilkan barang kemas yang terbaik untuk para pelanggan. Seperti batik, ia memerlukan kepakaran serta pengetahuan yang dipelajari dan ditambah baik dari generasi ke generasi.
Batik dan barang kemas masing masing berkongsi nilai estetik yang serupa, dari tona warna hinggalah ke motif bunga yang diguna pakai dalam setiap rekaan cincin, rantai tangan dan leher serta subang disamping berlian dan batu permata,”
“Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelanggan ke acara tahunan yang diadakan setahun sekali ini. Koleksi Raya Habib juga boleh didapati di semua 30 ruang pameran Habib diseluruh negara mulai 24 Mei sehingga 4 Jun 2019 sempena Kempen Rantaian Kasih Habib 2019. Marilah beramai-ramai berkunjung ke Habib untuk penjimatan hebat dan menyerikan lagi raya anda tahun ini,
-Yasheedah Yashaiya, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Kumpulan Habib.
Bazar Ramadan dan Kempen Rantaian Kasih Habib 2019 berlangsung dari 24 sehingga 26 Mei 2019. Acara jualan hujung minggu 3 hari berturut-turut ini menawarkan diskaun tambahan antaranya potongan sehingga 70%untuk barangan berlian dan batu permata terpilih.
Selain itu, pelanggan Habib turut bakal menikmati potongan sebanyak RM10 – RM25 segram untuk emas 916/999 terpilih disamping kadar tukar-beli yang tertinggi.
100 pelanggan pertama berpeluang untuk memiliki loket dengan harga serendah RM89 sempena Kempen Rantaian Kasih Habib 2019. Promosi ini turut berlangsung di 14 ruang pameran terpilih Habib di seluruh negara,
Sepanjang berlangsungnya Bazar Ramadan dan Kempen Rantaian Kasih Habib, ruang pameran cawangan Ampang akan melanjutkan waktu perniagaan sehingga ke tengah malam. Sesi yang turut dikenali sebagai “Singgah Sahur” ini bakal menyediakan juadah untuk pengunjung yang ingin singgah selepas selesai ibadah terawikh.
Bagi pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM2000 keatas dalam satu resit pula bakal menerima hadiah misteri daripada Habib.