Event: Pesta Berlian 2015, “Happily Ever After”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1

Barang kemas dan wanita tidak dapat di pisahkan begitu dengan berlian. Berlian juga adalah salah satu objek yang sering di kaitkan dengan cinta yang kekal abadi. Ianya juga sering di gambarkan sebagai salah satu impian keajaiban atau magik yang di ingini oleh wanita. Potongan yang memukau, kejernihannya yang cemerlang dan warnanya yang gemilang membuatkan seseorang wanita itu nampak lebih anggun, cantik dan menawan. HABIB telah melancarkan kempen tahunannya di mana HABIB meraikan berlian sebagai batu –kelahiran bulan April. Bukan itu sahaja, HABIB juga meraikan hubungan cinta abadi berlian sempena Pesta Berlian HABIB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

7 8

Kali ini HABIB membawakan perbezaan di mana ianya di lancarkan dalam suasana penuh “magik” bersesuain dengan konsep atau tema iaitu dongeng klasik “fairy tale”. Slogan “ Happily Ever After” ataupun “Kebahagiaan Abadi” memang bertetapan dengan slogan umum HABIB iaitu “Gift of Happiness” .  HABIB telah membina reputasi sebagai jenama barangan kemas yang di percayai di Malaysia dengan 57 tahun pengalaman dalam industry barang kemas. HABIB juga menawarkan rekaan barangan kemas bertaraf dunia dan hasil pertukangan yang bernilai tinggi pada harga berpatutan.

6

Sempena perlancaran “ Happily Ever After”, Pesta Berlian HABIB tahun ini menceritakan kisah seorang puteri yang sedang mencari cinta dan putera menawan yang ingin memenangi hatinya. Ianya di gambarkan dalam visual kempen kali ini dan kesudahan kisah cinta ini di akhiri dengan kedua-dua putera dan puteri bersatu dalam istana bertatah berlian. ( tak dapat bayangkan bagaimana rupa istana yang indah itu).

5

Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Urusan Habib, berkata, “Pesta Berlian HABIB telah diraikan sejak 16 tahun yang lalu dan ianya adalah sesuatu amat membanggakan bagi kami. Setiap tahun, kami mempersembahkan konsep atau tema yang berbeza dan tahun ini kami mengambil keputusan untuk mempersembahkan tema yang memberi tumpuan kepada kebahagiaan yang juga merupakan sebahagian daripada slogan umum baru kami, iaitu The Gift of Happiness.” Antara koleksi yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen adalah koleksi ‘Berlian’ Bloom, iaitu rekaan terbaru daripada koleksi ‘stackable ring’ atau cincin bertindih oleh HABIB. Selain itu, set gelang berlian dan cincin berlian ‘Enchanted’ HABIB, koleksi baru yang diilhamkan oleh ilustrasi gelombang ajaib dalam kisah dongeng klasik juga diperagakan. Tidak ketinggalan, kemunculan sulung koleksi “Aerial” iaitu koleksi terbaru dari jenama ‘Hearts On FireThe Most Perfectly Cut Diamond In The World’, yang diedarkan secara ekslusif di HABIB. Peragaan barang kemas pada pertunjukan fesyen tersebut telah memukau dan mempesonakan tetamu kerana kilauan berlian HABIB yang bersinar gemilang.

9 10

Kehadiran selebriti tempatan seperti Deborah Henry, Sheila Rusly, Siti Saleha, Yasmin Hani, Adeline Tsen,Harris Baba, Ryzal Jaafar, Dato ‘Aznil Haji Nawawi, Fizz Fairus, Miera Liyana, Christina Suzanne, Dynaz Mokhtar turut memperagakan barangan kemas berlian HABIB dan “Hearts On Fire” sewaktu perlancaran. Antara koleksi yang di peragakan

4 3 2

Pesta Berlian HABIB yang berlangsung dari 1 hingga 30 April 2015 menawarkan pelbagaipilihan dengan diskaun sehingga 70% untuk dan sebarang pembelian barang kemas dengan nilai minimum RM500 boleh melayakkan pelanggan mendapatkan seutas gelang mutiara pada harga RM38 sahaja

1Khas untuk peminat berlian boleh kunjungi butik HABIB.

credit picture: Ciklilyputih

#kitepunye #kitepunyedotcom #pestaberlian #HABIB #fairytale

 

About The Author

1 thought on “Event: Pesta Berlian 2015, “Happily Ever After””

  1. Pingback: Kempen Rantaian Kasih Habib 2019 Buat Pelanggan Setia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top