KEMPEN RAMADAN TV ALHIJRAH 2023 DILANCARKAN, TERBAIK!

KEMPEN RAMADAN TV ALHIJRAH 2023 DILANCARKAN, TERBAIK! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menjelang Ramadan yang bakal tiba pastinya ingin menjadikan bulan ini penuh keberkatan dan kerahmatan.

KEMPEN RAMADAN TV ALHIJRAH

Bertemu dibulan Ramadan dimana setiap detik sepanjang bulan Ramadan diisikan dengan perkongsian yang hebat.

TV AlHijrah meneruskan iltizam pada tahun ini untuk menjadi stesen televisyen utama yang menyatupadukan ummah dengan ilmu.

Usaha ini selari dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam usaha menjayakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI.

TEMA IMARAHKAN RAMADAN

TV AlHijrah mahu membawa penonton untuk menghayati Ramadan tahun ini dengan mengangkat tema Imarahkan Ramadan #EratkanJalinan sebagai aspirasi penyiaran sepanjang tempoh dua bulan mendatang.

Dengan tema yang cukup jelas, kami menyajikan program-program istimewa di siaran televisyen dan juga program turun padang bagi memenuhi ruang rohani penonton. 

Kesemua program ini juga disusun indah, rapi dan teliti agar objektif kami untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memperbaiki kondisi dan nilai ketakwaan kepada Allah S.W.T. dapat sama-sama dicapai.

KEMPEN RAMADAN TV ALHIJRAH ADA 2 INSIATIF

INSIATIF PERTAMA

Inisiatif pertama adalah penerbitan dan penyiaran 17 rancangan baru dan istimewa genre dokumentari, bual bicara, masakan, kerohanian, drama, telefilem, hiburan Islamik dan filem.

Keseluruhan 29 jam penerbitan telah diperuntukkan untuk sajian rancangan Ramadan ini. Pelbagai program menarik seperti telefilem, drama mahupun program seperti Taranum challenge bakal disiarkan.

UNTUK INSIATIF KEDUA

TV AlHijrah turut memperkenalkan inisiatif kedua, iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Jika pada tahun-tahun sebelum ini, hanya 1 program CSR diperkenalkan.

Disebabkan impak yang besar, diatas permintaan umum serta keperluan membantu masyarakat MADANI, pada tahun ini TV AlHijrah akan melancarkan 2 program CSR. 

Sekadar perkongsian, 2 program CSR ini menzahirkan komitmen kami sebagai organisasi penyiaran yang sama-sama membantu pihak kerajaan menyantuni golongan yang memerlukan.

Terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, mendepani ketidaktentuan ekonomi

SKUAD BUBUR LAMBUK

Inisiatif CSR pertama adalah agihan bubur lambuk oleh Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah. Memasuki tahun ke-7 acara ini dijalankan, yakin agihan bubur lambuk TV AlHijrah sudah dikenali dan dinanti-nanti oleh masyarakat setempat.

Tahun ini, Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah akan turun menggunakan khidmat 15 orang rider motosikal.

Membuat edaran sebanyak 1 ribu bungkusan bubur lambuk di 5 lokasi tumpuan ramai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti adalah seperti di Hospital Besar Kuala Lumpur, stesen LRT, UiTM Shah Alam, Stesen Perhentian Bas Kajang dan Masjid Usman Bin Zaid.

ALHIJRAH ON THE BUS

Program CSR kedua dinamakan sebagai AlHijrah On The Bus. Ini adalah gerak kerja yang akan membawa masyarakat Malaysia kurang berkemampuan pulang ke kampung untuk berhari raya.

Baru sahaja diperkenalkan tahun ini bertujuan menerapkan semangat kebersamaan di bulan suci Ramadan dan kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Dengan kerjasama Mara Liner Sdn. Bhd, empat buah bas dengan kapasiti 180 penumpang akan melalui rangkaian jalan raya di utara, selatan dan timur. Membawa mereka yang terpilih untuk pulang beraya secara percuma.

Perjalanan pertama AlHijrah On The Bus ini akan berlepas pada Jumaat, 14 April 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H ke negeri Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Bas yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dari segi kewangan Insya-Allah. Masyarakat Malaysia yang mahu menyertai program ini bolehlah melayari laman sesawang kami bagi mendapatkan maklumat lanjut.

PROGRAM RAMADAN TV ALHIJRAH 2023

Menyampaikan pesanan pada kaum keluarga dan sahabat handai agar terus menonton program Ramadan 1444H TV AlHijrah.

Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemegang taruh, rakan sinergi, warga kerja.

Serta seluruh warga penonton yang senantiasa memberikan sokongan jitu serta kerjasama erat kepada usaha TV AlHijrah menyebarkan didikan dakwah kepada masyarakat Malaysia MADANI.

Akhir kata, ayuh sama-sama jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan . Bakal membantu kita mengendali nurani, membersihkan jiwa dan ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

-kongsi YBRS. Encik Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge