PROGRAM RAMADAN TV ALHIJRAH 2023 IMARAHKAN RAMADAN, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menjelang Ramadan yang bakal tiba pastinya ingin menjadikan bulan ini penuh keberkatan dan kerahmatan.

PROGRAM RAMADAN TV ALHIJRAH 2023

Bertemu dibulan Ramadan dimana setiap detik sepanjang bulan Ramadan diisikan dengan perkongsian yang hebat.

TV AlHijrah meneruskan iltizam pada tahun ini untuk menjadi stesen televisyen utama yang menyatupadukan ummah dengan ilmu.

Program Ramadan TV Alhijrah 2023 disusun indah, rapi dan teliti agar objektif kami untuk mendidik jiwa dan menghiburkan.

PROGRAM-PROGRAM RAMADAN 1444H

1. PERISTIWA RAMADAN

Adalah sebuah program teater muzikal kendalian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Dato’ Haji Badli Shah. Bermula 23 Mac 2023, Setiap Isnin -Jumaat jam 10 malam

Membawa penonton menelusuri peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sewaktu bulan Ramadan, ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Antaranya adalah peristiwa kewafatan Saidatina Fatimah az-Zahrah, kewafatan Saidatina Khadijah, Perang Tabuk, Nuzul al-Quran dan banyak lagi.

Penonton pastinya dapat menghayati perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menyebarkan risalah Islam.

2. DRAMA KESEMPATAN KEDUA

Membawakan kisah hidup Haris, seorang lelaki budiman yang berjaya di dalam kehidupan kerjayanya. Namun begitu, Haris seakan-akan tidak mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat.

Walau seringkali dinasihat Raihan, rakan karibnya, Haris tidak pernah ambil endah sehinggalah berlakunya satu peristiwa yang membuatkan Haris berubah.

Lantas menjadikan solat, puasa dan sedekah sebagai amalan dalam menangani serangan keresahan dalam kerjayanya. Bermula 23 Mac 2023, Isnin-Jumaat  6:30 Petang

PELAKON: Syazuwan Hassan, Ezzaty Abdullah, Doria Rachel Jolly

3. KAPSUL TARANUM CHALLENGE 

Mengajak penonton untuk sama-sama memperbaiki bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul, makhraj yang tepat serta taranum yang jelas.

Menariknya, hos rancangan iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Abdul Qawiy dan Fakhrul UNIC akan bersama-sama khalayak awam yang terdiri daripada pelajar universiti, pelajar tahfiz.

Memperdengarkan battle alunan bacaan al-Quran dengan taranum. Bermula 23 Mac 2023, Isnin – Jumaat  jam 7:25 malam

4. DOKUMENTARI LEGASI MUSHAF

Pernahkan anda terfikir bagaimanakah proses al-Quran dilupus? Pada Ramadan kali ini, TV AlHijrah membawakan DOKUMENTARI LEGASI MUSHAF. 25 Mac 2023 Setiap Sabtu jam 10 malam

Bekongsi bagaimana proses pelupusan mushaf al-Quran dilakukan dengan penuh tertib bagi menjaga kehormatan al-Quran. 

Rancangan ini turut berkongsi cara dan tatacara pemurnian Al-Quran di lautan dalam usaha mendidik masyarakat bahawa al-Quran adalah kitab suci yang perlu dipelihara kehormatannya.

5. MATAHATI MADANI

Akan membawakan Datuk Prof. Dr. Muhaya untuk membincangkan tips terbaik untuk mengaplikasikan formula rahsia kehidupan dan elemen Madani.

Demi memiliki perjalanan hidup yang lebih lancar dan tenang dimana bermula 26 Mac 2023 setiap ahad jam 6.30 petang

6. TELEMOVIE SIS FIKA

Pikah adalah gadis desa dari latar belakang keluarga sederhana. Namun begitu, neneknya merupakan bidan istana dan ibunya pula adalah mak andam yang dikenali ramai.

Ilmu dan petua yang diwarisi daripada nenek dan ibunya akhirnya membuatkan Pikah terkenal sebagai usahawan produk makanan kesihatan yang berjaya.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Dunia glamer dan kekayaan membuatkah Pikah hilang pertimbangan dan lupa daratan.

Ujian demi ujian menimpa dirinya hingga membuatkan dia tekad untuk berubah dan menebus kesilapan lalu. Saksikan 26 Mac 2023 – Ahad jam 9.05 malam

7. IHYA’ RAMADAN

Adalah program tausiyah yang akan memberikan kupasan terperinci kepada para penonton tentang fadilat bulan Ramadan dengan lebih jelas.

Program ini akan memberi tumpuan kepada topik -topik Fiqh Puasa dan Akhlak di bulan Ramadan. 23 Mac 2023, Setiap hari jam 6 petang

Ihya’ Ramadan akan diterajui oleh hos rancangan berwibawa iaitu Ustaz Wadi Annuar, Habib Ali Zaenal Abidin dan Ustaz Don Daniyal.

8. REHLAH ROH HARAMAIN

Adalah program travelog bumi haramain yang memaparkan cara hidup muslim, lokasi sirah yang jarang diketahui & tauladan para sahabat dengan presentasi yang segar & muda.

Program kendalian Ustaz Ashraf Suarin ini bermatlamat mengisi perjalanan rohani penonton dengan ibrah sirah Nabi Muhammad S.A.W. Setiap Ahad jam 11 malam

Sekaligus berkongsi lokasi-lokasi sejarah yang dicatatkan oleh para ulama di dalam bumi Mekah dan Madinah yang kurang diterokai oleh masyarakat Islam zaman kini.

9. KHATAM AL-QURAN PERDANA

TV AlHijrah mengimarahkan sepuluh hari terakhir Ramadan 1444H dengan menyiarkan Program KHATAM AL-QURAN PERDANA pada 18 April 2023, bersamaan 27 Ramadan 1444H.

Khatam al-Quran Perdana akan disiarkan secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah secara terus menerus selama 14 jam . 18 April 2023 – 5 Pagi – 7 Malam

Antara usaha membantu penonton untuk sama-sama melakukan pecutan terakhir menambah amal kebaikan di fasa akhir Ramadan.

Program Khatam al-Quran Perdana ini menggabungkan barisan asatizah dan selebriti tanah air yang akan sama-sama akan berganding bahu di bawah satu payung mukjizat agung iaitu al-Quran.

10. CAMCA VIRAL

Memaparkan kelainan apabila rancangan ini mengetengahkan konsep terjah restoran serta gerai-gerai makanan yang viral serta menjadi sebutan netizen.

Objektifnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mempromosikan gerai-gerai dan restoran setempat sekaligus memberi idea kepada para penonton lokasi berbuka puasa menarik serta lokasi membeli juadah berbuka puasa istimewa.

Antara restoran-restoran yang akan diterjah adalah seperti Restoran Halal Duck Co, Cyberjaya, EPL Café, Setiawangsa, Pancake Bergegau, Bangi dan banyak lokasi lain.

11. CAMCA RAMADAN

Adalah sebuah program masakan yang bermatlamat membantu para ibu samada yang bekerja mahupun suri rumahtangga. Menyediakan juadah bersahur dan berbuka yang praktikal, mudah disediakan, sedap dan berkhasiat.

Menariknya, juadah yang disediakan oleh Chef Nabil Salleh tidak hanya tertumpu kepada lauk pauk sahaja.

Tetapi Chef Nabil Salleh akan mengetengahkan konsep juadah tradisi melayu termasuklah pelbagai kuih muih tradisi yang disediakan dalam suasana kemelayuan seperti penggunaan dapur kayu, giling batu dan lain-lain.

12. CINTA ILMU ISTIMEWA RAMADAN

Adalah sebuah program kerohanian yang membincangkan persoalan serta kemusykilan agama seumpama bicara hukum dan fatwa. Setiap ISnin-Rabu jam 7.30 malam bermula 23 Mac 2023

Istimewa Ramadan kali ini, Iman dan Ihsan yang menjadi teras setiap mukmin akan menjadi topik perbincangan utama agar dapat melahirkan masyarakat penonton yang berjiwa besar dengan suntikan iman.

13. CINTA ILMU QIAM

Bersempena Ramadan 1444H, CINTA ILMU QIAM akan bersiaran setiap pagi untuk menghidupkan sepertiga malam Ramadan penonton dengan pengisian rohani demi Ilahi. 

Cinta Ilmu Qiam akan siarkan satu jam. Antara segmen-segmen yang akan dipertontonkan adalah seperti segmen Ibadah, Munajat, Mengaji dan Tazkirah.

14. SEMBANG MOREH

Adalah program sembang santai usai solat tarawih. Bersama pengacara rancangan Hanan Abdul Rahman membincangkan tentang topik-topik lazim yang sering menjadi persoalan pada bulan Ramadan. 

15. ASSALAMUALAIKUM SAHUR

Adalah program bual bicara pagi berkonsepkan qiamullail dengan pengisian zikir munajat, bacaan ayat al-Quran di sepertiga malam sehingga ke subuh. 

Objektif utama penyiaran rancangan ini adalah sebagai galakan dan pendorong buat masyarakat untuk bersama-sama menghidupkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadah.

Antara barisan panel Ustaz Zarifi Mohamad Daud, Ustaz Shamsul Hakim, Dr. Nur Muhammad Hadi, Ustaz Mohd Azki Abdullah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria dan Ustazah Muzayyanah.

16. HIJRAH BERSELAWAT RAMADAN

Adalah antara program hiburan yang tercalon dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 bagi kategori Program Hiburan Terbaik.

Ramadan tahun ini, Hijrah Berselawat akan bersama anda mengimarahkan bulan keberkatan ini dengan alunan selawat dan qasidah yang mendamaikan.

17. KERUSI LIPAT

Menyedari akan keunikan bazar Ramadan, TV AlHijrah memilih untuk menerbit dan menyiarkan sebuah program baru iaitu KERUSI LIPAT.

Kerusi Lipat adalah sebuah program travelog santai yang membawa penonton menjelajah ke bazar-bazar Ramadan terkenal di Malaysia untuk mencari juadah istimewa dan menarik untuk berbuka puasa.

Dihoskan oleh Bell Ngasri dan Wasiril Aswad, Program ini turut bertujuan mendidik penonton dengan menyelitkan nilai murni seperti berkongsi rezeki dan sifat bersederhana ketika menjalani ibadah berpuasa.

Website TV AlHijrah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge