KBS & Astro lancar Jaguh Rakan Muda Bagi Menyerlahkan Semangat Belia Malaysia
JAGUH RAKAN MUDA
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia bersama Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, hari ini melancarkan Jaguh Rakan Muda. Sebuah rancangan realiti baharu yang meraikan kekuatan, keberanian dan perpaduan belia Malaysia.

PROGRAM REALITI?
Program realiti berkonsepkan pertandingan ini bertujuan untuk mencetus inspirasi kepada generasi baharu agar berani menyahut cabaran, menonjolkan daya ketahanan, semangat berpasukan dan keazaman mereka melalui siri ujian fizikal dan mental yang menguji keupayaan diri hingga ke tahap maksimum.
BERMULA 10 NOVEMBER
Penuh dengan tenaga dan emosi, Jaguh Rakan Muda akan mula bersiaran pada 10 November 2025, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria (CH 104), 9.30 malam di Astro AEC (CH 306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH 202). Keseluruhan siri ini juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

PLATFORM BELIA MALAYSIA
Secara asasnya, Jaguh Rakan Muda merupakan sebuah platform untuk belia Malaysia mencabar diri sendiri, berkembang, dan mencungkil potensi mereka melalui 10 Gaya Hid Rakan Muda iaitu; Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga, dan Rakan Prihatin.

RANCANGAN RAI SEMANGAT BELIA
Siri ini mencerminkan komitmen Astro terhadap penghasilan rancangan tempatan yang meraikan semangat belia dengan menampilkan peserta yang mempamerkan sifat keberanian, semangat berpasukan dan keazaman untuk memberi inspirasi serta menyatukan rakyat Malaysia.
MEMBINA KOMUNITI BELIA
“Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada usaha membentuk generasi belia Malaysia yang yakin, berdaya saing dan bersedia untuk memimpin. Matlamat kami adalah untuk membina komuniti belia yang dinamik dan berdaya tahan, yang mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan serta perpaduan negara.
INISIATIF REALISASI VISI
Jaguh Rakan Muda merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi ini — dengan menyediakan peluang kepada golongan muda untuk mencabar diri, memperkukuh kepimpinan, dan memupuk semangat
berpasukan menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

Kami amat menghargai sokongan Astro dalam memperluaskan usaha ini melalui kandungan berimpak tinggi yang menonjolkan kekuatan, kreativiti dan potensi belia Malaysia. Bersama-sama, kita berhasrat untuk melahirkan pemimpin masa depan yang akan memacu perkembangan negara.”
-kata YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
CITARASA RAKYAT MALAYSIA
“Matlamat Astro adalah untuk menghasilkan kandungan yang berkait rapat dengan citarasa rakyat Malaysia. Kami komited dalam menghasilkan kandungan asli serta berkualiti tinggi yang mampu
mencetuskan tindakan positif dalam pelbagai komuniti.
PELUANG UNTUK BELIA
Jaguh Rakan Muda adalah contoh terbaik untuk itu kerana ia sebuah rancangan yang memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menguji keupayaan diri serta menginspirasi orang lain melalui kisah sebenar yang sarat dengan semangat dan emosi dalam format hiburan yang menarik.

KERJASAMA DENGAN KBS
Kerjasama kami dengan Kementerian Belia dan Sukan mengukuhkan lagi peranan Astro dalam menyokong
inisiatif nasional yang memperkasa generasi masa depan, dan kami akan terus berusaha menghasilkan kandungan yang membawa impak yang tinggi kepada semua.”
-kongsi Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan, Astro.
SEISI UJI BAKAT
Dipilih melalui sesi uji bakat yang diadakan di seluruh negara merangkumi lima zon — Utara (Pulau Pinang), Tengah (Kuala Lumpur), Pantai Timur (Terengganu) serta Sabah & Sarawak. Program kali ini menghimpunkan belia Malaysia berusia antara 13 hingga 30 tahun.
Masing-masing daripada pelbagai latar belakang; termasuk pelajar, jurulatih kecergasan, peserta ratu cantik, pencipta kandungan, atlet kelainan upaya, dan golongan profesional muda.

CABARAN FIZIKAL & MENTAL
Para peserta akan menghadapi pelbagai cabaran fizikal dan mental yang menguji ketahanan diri,
kepimpinan, serta kekuatan emosi. Sebagai sebuah program realiti peringkat nasional, Jaguh Rakan Muda bertujuan untuk menonjolkan belia Malaysia dan memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah keberanian dan semangat berpasukan.
PEMENANG
Pasukan pemenang akan dinobatkan sebagai Jaguh Rakan Muda dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM100,000.
ANTARA YANG TERLIBAT
Jaguh Rakan Muda akan menampilkan Mat Redho, personaliti televisyen serta atlet kebangsaan, sebagai pengacara. Bersama beliau sebagai pengulas ialah Goh Liu Ying, pemenang pingat perak sukan Olimpik dan ikon badminton negara, serta Ain Edruce.

Sepanjang siri ini, beberapa pengulas jemputan akan turut ditampilkan, termasuk Intan Serah, Bang Med, Que Haidar, dan Denes Kumar. Masing-masing akan membawakan pandangan unik mereka terhadap perjalanan pertandingan.