KEMPEN NEW NORMAL, SAME CANCER -BANTU KESAN AWAL KANSER AWESOME!

KEMPEN NEW NORMAL, SAME CANCER -BANTU KESAN AWAL KANSER AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kanser merupakan punca kematian kedua utama tertinggi di dunia dan di Malaysia.

Namun disebabkan pandemik, ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal apatah lagi untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

KEMPEN NEW NORMAL, SAME CANCER

Stigma takut untuk ke hospital disebabkan oleh penularan Covid menyebabkan diagnosis kanser mengalami penurunan secara drastik iaitu 74% (sumber rujukan : Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA).

Keadaan ini menyebabkan ramai dikalangan pesakit lambat pada peringkat pengesanan awal, pemeriksaan serta mendapatkan rawatan susulan.


Melihat pada situasi ini (penurunan kadar diagnosis dan saringan pesakit), tiga organisasi melancarkan kempen New Normal, Same Cancer iaitu

  • Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM),
  • Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) dengan kerjasama AstraZeneca

SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER

Kempen ini dilancarkan bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat. Lebih bermakna lagi kempen New Normal, Same Cancer ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali.

Turut bersama merasmikan Dato’ Dr Saunthari Somasundaram (Presiden NCSM), Dr. Murallittharan Munisamy (Pengarah Urusan NCSM), Dr, Anand Sachithanandan (Pengasas Bersama dan Presiden LCNM) dan Dr. Sanjeev Panchal (Presiden Negara AstraZaneca Malaysia).

DISOKONG OLEH ASTRAZENECA

Kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca antara lain bertujuan untuk mencapai 3 matlamat iaitu:-

  • Meningkatkan kesedaran kanser dikalangan orang ramai.
  • Menekankan kepentingan pengesanan awal.
  • Menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.

Kanser paru-paru adalah salah satu kanser yang paling biasa dengan kadar kelangsungan hidup yang paling rendah di Malaysia kerana sebahagian besarnya dikesan terlalu lewat pada peringkat 3 dan 4.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Jika dikesan awal, ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dengan hasil yang baik. Wabak dan sekatan COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan dan gangguan untuk pemeriksaan berjadual dan saringan kanser.

Kelewatan dalam pemeriksaan dan diagnosis kanser telah mengakibatkan pesakit lambat menerima rawatan yang berkesan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang gangguan dalam kesinambungan penjagaan kanser boleh memudaratkan hasil rawatan. Jadi adalah penting untuk para pesakit kembali mendapatkan rawatan kanser.

ADA BAUCAR SARINGAN SEMPENA KEMPEN

Untuk menggalakkan pesakit dan orang ramai meneruskan rawatan berjadual dan saringan awal, baucar saringan boleh dimuat turun dari laman mikro kempen.

Ikut proses ini⤵️

✳️Layari www.newnormalsamecancer.org

✳️Pilih lokasi hospital yg ada dalam senarai

✳️Muat turun voucher diskaun yg diberikan

✳️Dah siap 😃

Kanser tidak menunggu, jadi kita pun jangan berlengah. Bertindak segera jika ada simptom yang ditunjukkan oleh tubuh badan kita.

Dapatkan pemeriksaan lanjut kerana kanser tidak menunggu dan tidak akan berhenti daripada menyerang manusia. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge