JAJAH MINDA DIRI BANTU UBAH PEMIKIRAN, UBAH MASA DEPAN BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. BERBULAN-BULAN dia kemurungan. Banyak masalah terutama peribadi dan kewangan yang menghimpit.

Masalah makin bertambah apabila kesihatannya turut terganggu. Mental gagal menghadami apa yang berlaku pada fizikal. Stres tak usah cakap, sana-sini belakang depan mencarinya. Hanya untuk menuntut hutang syarikat.

TUAN ABIB ALHABSYEE

Itu empat tahun lalu. Dilalui perlahan-lahan dan Allah pertemukan Tuan Abib AlHabsyee dengan mereka yang memahami.

Pengasas produk herba terkemuka, Jamu Mak Dara ini mula belajar mengenali kehidupan sebenar dan menemui apa yang dicarinya.

TERAPI BUNYI

Melalui Terapi Bunyi dan As-Sakinah (sound bath and meditation) yang dipelajari daripada pemenang Best Sound Healing Asia, Ohana Jo.

Kemudian pengasas itu mengembangkannya pula ke dalam program Jajah Minda Diri (JMD). Kini mula disambut baik khalayak masyarakat Malaysia.

KONGSI PENGALAMAN

“Alhamdulillah, kini saya mampu bernafas dengan tenang. Apa yang cuba saya kongsikan hari ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Dulu tidak berani berkongsi sebab saya sendiri masih belajar dan sekarang, walaupun saya membuka ruang, cuma untuk orang-orang tertentu”.

“Saya sedar, ramai berdepan masalah dalaman yang tanpa mereka sedari telah membina sakit-sakit luaran dan mengganggu kesihatan. Apatah lagi yang berdepan dengan era pandemik Covid-19, terlalu banyak masalah mental yang timbul”.

JAJAH MINDA DIRI (JMD)

Program Jajah Minda Diri seterusnya akan diadakan di Serendah, Selangor pada 29 November hingga 1 Disember ini dan disebabkan ia sangat eksklusif, hanya 20 tempat sahaja dibuka. Hubungi 017-3757500 atau 012-6828303 untuk tempahan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge