KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC TAWAR GANJARAN, BETUL KE?

Kitar semula bukan lagi baru dikalangan kite semua. Setiap benda yang digunakan kebanyakkannya boleh dikitar semula. Terkini, kempen Kitar Semula e-Waste Panasonic ada menariknya buat pengguna betul ke?

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC

Panasonic Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan ERTH, sebuah organisasi kitar semula sisa elektronik (eWaste) terkemuka di Malaysia dalam “Kempen Kitar Semula e-Waste Panasonic”. Kerjasama ini dipandu oleh visi korporat Panasonic ‘Create Today. Enrich Tomorrow.’

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC

Matlamat Panasonic Green Impact (PGI), yang menggariskan komitmen syarikat terhadap kesejahteraan masyarakat, pertumbuhan ekonomi, serta penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab. Kempen ini sedang berlangsung dan bakal beakhir pada 30 June 2025 di Lembah Klang.

TANGANI E-WASTE DI MALAYSIA

“Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk memperkayakan kehidupan dan kesejahteraan masyarakat melalui visi korporat kami ‘Create Today. Enrich Tomorrow’. Visi korporat kami mengiktiraf keperluan mendesak untuk menangani e-Waste di Malaysia untuk menjamin masa depan yang mampan untuk alam sekitar kita dan generasi akan datang.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC

Dengan mengamalkan amalan kitar semula yang bertanggungjawab, individu dan perniagaan boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan alam sekitar dan menyokong ekonomi kitaran.

Kempen ini bukan sahaja menyokong visi korporat kami tetapi juga sejajar dengan usaha kami untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” 

-kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

TAWARAN GANJARAN BUAT PENGGUNA?

Untuk menyertai, pelanggan boleh mengisi borang melalui laman rasmi kempen dan Wira ERTH akan menghubungi untuk mengatur pengambilan yang mudah. Setiap kotak koleksi mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 barang.

Sebagai ganjaran untuk menyertai gerakan ke arah penggunaan yang bertanggungjawab, Panasonic Malaysia akan menawarkan peserta e-baucar Kelab Panasonic RM50*.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC

EWASTE CABARAN TERKINI

Hari ini, peranti elektronik menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian, namun kemajuan teknologi yang pesat menjadikannya cepat usang, menyebabkan peningkatan jumlah sisa elektronik. Dengan ini, eWaste telah menjadi cabaran yang semakin meningkat di Malaysia.

Laporan menunjukkan bahawa negara menjana lebih 364 kiloton e-Waste setiap tahun. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa menjelang 2025. Negara diunjurkan menjana kira-kira 24.5 juta unit e-Waste—jumlah yang mengejutkan bersamaan dengan jisim 82 Menara Berkembar.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC

ISU PEMBUANGAN E-WASTE

Pembuangan e-Waste yang tidak betul adalah isu penting, kerana kebanyakannya berakhir di tapak pelupusan sampah atau dibuang secara tidak bertanggungjawab.

Apabila e-Waste dilupuskan secara tidak wajar, bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan kadmium dilepaskan ke alam sekitar, mencemarkan tanah, air dan udara. Bahan pencemar ini menimbulkan risiko kesihatan yang teruk kepada manusia dan hidupan liar, menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar jangka panjang.

KERJASAMA DENGAN ERTH

“Dengan bekerjasama bersama ERTH, kami menyasarkan untuk mewujudkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada tindakan yang akan memberi kesan positif yang berkekalan kepada komuniti kita dan planet ini.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE PANASONIC

Bersama-sama, kami berhasrat untuk mendidik orang ramai tentang e-Waste dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menerima amalan kitar semula. Melalui kempen ini, kami berharap dapat mengalihkan corak pemikiran daripada mengabaikan kitar semula kepada penyertaan aktif dalam mengurangkan jejak alam sekitar e-Waste membina masa depan yang mampan dan mesra alam,” 

-tambah Nishida.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan senarai barangan e-Waste yang layak, boleh layari di website dibawah. E-baucar boleh ditebus dengan pembelian minimum RM150 dalam satu transaksi di Kelab Panasonic di https://store.apac.panasonic.com/my.

Nota: E-baucar hanya akan diberikan kepada peserta apabila berjaya diambil dan disahkan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Website Panasonic e-Waste Campaign|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge