Komuniti pencinta haiwan seluruh negara bakal menikmati hujung minggu yang penuh meriah. OH MY PET! EXPO 2025 kembali dengan acara 4 hari yang meraikan haiwan peliharaan, inovasi dan gaya hidup berasaskan komuniti.
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Pameran Haiwan Peliharaan Terbesar di Malaysia, acara ini bakal menampilkan lebih 200 pempamer, aktiviti interaktif, segmen pendidikan dan pelbagai promosi eksklusif. Untuk kali ini, lebih daripada 130,000 pengunjung yang hadir ke tapak expo.

TEMA 2025
Tema tahun ini, “Pemilikan Haiwan Peliharaan Yang Bertanggungjawab”, menekankan komitmen penganjur dalam mempromosikan penjagaan haiwan beretika, kebajikan haiwan, serta pengurusan haiwan peliharaan yang lebih berinformasi.
OH MY PET! EXPO 2025
OH MY PET! EXPO 2025 bukan sekadar sebuah acara, ia bertujuan membentuk masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap haiwan.
Matlamat utama acara ini adalah untuk menyatukan komuniti haiwan peliharaan sambil menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang lebih bertanggungjawab.

KOMUNITI BERSAMA
“Haiwan peliharaan memberi sokongan emosi, membawa kegembiraan dan sentiasa bersama kita pada hari-hari paling sukar. Setiap aspek OH MY PET! EXPO direka untuk mendidik, memberi inspirasi dan membina komuniti pemilik haiwan yang penyayang serta menghargai ikatan antara kita dan haiwan kesayangan.”
-Menurut Calvyn Soh, Penganjur OH MY PET! EXPO 2025

“Kami amat bersyukur atas perkembangan dan pengiktirafan yang diterima OH MY PET! EXPO sepanjang tahun ini. Penerimaan Anugerah World Branding Award di Vienna merupakan satu detik yang sangat membanggakan.
Namun penghormatan sebenar datang daripada sokongan berterusan komuniti pencinta haiwan.Kami tetap rendah hati dan komited untuk mewujudkan dunia yang lebih baik buat ‘furkids’ kesayangan kita melalui pemilikan haiwan yang bertanggungjawab serta penglibatan komuniti yang lebih bermakna.
-kongsi Jaice Tan, Penganjur Bersama.
SOROTAN ACARA
LEBIH 200 PEMPAMER
Terokai rangkaian lengkap jenama haiwan peliharaan yang menawarkan makanan, aksesori, mainan, peralatan dandanan, perkhidmatan kesihatan dan inovasi terkini dalam industri. Sesuai untuk pemilik haiwan baharu mahupun yang berpengalaman.

PROMOSI ISTIMEWA
Nikmati penjimatan hebat melalui diskaun khas expo, tawaran kombo dan promosi menarik, sempurna untuk menambah stok keperluan haiwan peliharaan kesayangan.

AKTIVITI, PERMAINAN & HIBURAN
Rasai pelbagai aktiviti interaktif, demonstrasi ketangkasan haiwan, segmen pendidikan, pertunjukan pentas dan permainan mesra keluarga untuk semua peringkat umur. OH MY PET! EXPO 2025 mengalu-alukan semua pemilik haiwan, keluarga serta para pencinta haiwan untuk menyertai pameran haiwan peliharaan terbesar dan paling meriah di negara ini.
Sama ada anda memiliki anjing, kucing, haiwan kecil atau sekadar meminati haiwan, acara ini pastinya tidak boleh dilepaskan.
