Fattah Amin Dilantik Duta Rasmi RISSA Skin, Jenama Kecantikan Tempatan Yang Kian Melonjak
DUTA RISSA SKIN
Jenama kecantikan tempatan, RISSA Skin, mengukir sejarah baharu dalam industri kosmetik Malaysia. Dengan pengumuman pelantikan pelakon popular, Fattah Amin sebagai duta rasmi produk krim malam mereka.
Pelakon terkenal Fattah Amin kini secara rasmi dilantik sebagai duta baharu Rissa Skin, jenama kecantikan tempatan yang kian mendapat perhatian. Sekaligus menjadi detik penting buat jenama ini dalam memperkukuhkan kedudukannya di pasaran kecantikan.
STRATEGI MEMPERLUAS JENAMA
Pelantikan Fattah Amin adalah sebahagian daripada strategi besar untuk memperluaskan pengaruh jenama ini, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Kami percaya kehadiran Fattah Amin sebagai duta akan memberikan impak besar, terutamanya dalam menarik lebih ramai pengguna yang mengutamakan produk berkualiti tinggi,”
-kata Azira Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Rissa Skin
PRODUK PUTEY WHITENING COFFEE
Pelantikan ini merupakan satu lagi langkah strategik RISSA Skin selepas kejayaan cemerlang kolaborasi terdahulu bersama Fattah Amin untuk produk Putey Whitening Coffee mereka. Majlis yang dihadiri golongan elit industri kecantikan dan media ini turut meraikan para pemenang bertuah yang berpeluang menikmati sesi minum petang eksklusif bersama pelakon tersebut.
“Saya amat berbesar hati menerima pelantikan sebagai duta Intensive Repair Night Cream RISSA Skin. Semoga kerjasama ini dapat membantu mengembangkan lagi jenama RISSA Skin ke tahap yang lebih tinggi,”
-kata Fattah Amin yang kelihatan bergaya dalam sut putih di majlis tersebut.
KEMBANGKAN SAYAP KE PASARAN SERANTAU
RISSA Skin kini sedang giat mengembangkan sayap ke pasaran serantau, dengan tumpuan khusus kepada Indonesia, Brunei dan Singapura. Jenama ini terkenal dengan penggunaan bahan-bahan premium semula jadi dan teknologi moden dalam penghasilan produk penjagaan kulit mereka.
ANUGERAH NONA SUPERWOMAN 2024
Pengiktirafan yang di terima oleh RISSA Skin pada majlis Anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlansung baru-baru ini. Serta memiliki pengesahan ujian makmal daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Dengan ini turut meletakkan jenama produk kecantikan itu sebaris dengan produk kecantikan yang berkualiti yang ada dipasaran hari ini serta boleh digunakan tanpa rasa was-was.
AMIRA OTHMAN PENYANYI UNDANGAN
Majlis turut dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Amira Othman sebagai penyanyi undangan.
Rissa Skin ialah jenama kecantikan tempatan yang menawarkan produk penjagaan kulit premium berasaskan bahan semula jadi dan teknologi terkini. Dengan fokus kepada kualiti dan inovasi, Rissa Skin semakin menjadi pilihan pengguna yang mementingkan penjagaan kulit yang selamat dan efektif.