Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramadan kembali lagi dimana Procter and Gamble Malaysia (P&G) tahun ini bakal menyambut ulang tahunnya yang ke 30. P&G mengambil pendekatan dekat dengan ibu tunggal dimana baru sahaja melancarkan kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’. Kempen ini akan diadakan di seluruh negeri dimana ianya memberi peluang jua menggalakkan orang ramai untuk membantu sedikit sebanyak pada ibu tunggal untuk bulan Ramadan yang bakal tiba dengan memberikan sumbangan barangan. Sesuatu yang mulia dan amat dihargai

Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen Azminda

Izreen Azminda serta Food Aid Foundation juga P&G Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen Azminda

Izreen Azminda selaku pelakon dan hos televisyen telah berkerjasama dengan P&G jua Food Aid Foundation untuk membantu mempromosikan kempen  ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’. Kempen ini bermula 15 Mei 2017 hingga 15 Jun 2017 di 50 buah cawangan pasaraya yang terlibat seperti GIANT, Tesco , MYDIN dan AEON.

Cara Sertai Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’

Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen Azminda

Para pengunjung yang membeli produk P&G bernilai RM 30 atau lebih secara tidak langsung bakal meneroma ‘Beg Hati’. Dengan Beg Hati ini, anda digalakkan untuk mengisi beg tersebut dengan barangan tidak mudah rosak seperti makanan kering, makanan tin, mahupun minyak masak. Andai ingin menderma sabun cuci, sabun mandi atau shampoo boleh juga Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen AzmindaApabila selesai anda boleh meletakkannya di kotak pengumpulan yang di terletak di cawangan-cawangan yang terlibat.  Food Aid Foundation kemudiannya akan mengumpul barangan tersebut di akhir kempen ini dan mengagihkannya kepada para ibu tunggal di seluruh Malaysia

Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen Azminda

“Sempena menyambut ulang tahun ke-30 P&G di Malaysia, kami telah memilih untuk memperbaiki kehidupan masyarakat bagi komuniti-komuniti yang memerlukan. Di P&G, kami percaya bahawa peluang untuk kita membawa perubahan dan berbuat baik kekal terbuka setiap hari. Kami telah membantu para ibu serta seisi rumah dari dahulu lagi dan kami percaya bahawa peranan seorang ibu dalam keluarga memerlukan kekuatan dan tidak boleh ditukar ganti. Kami berharap, menerusi kempen ini dan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang murah hati, kami dapat meringankan beban para ibu tunggal sepanjang musim perayaan ini,”

kata Ong Yuh Hwang, Pengarah Pengurusan bagi P&G Malaysia, Singapura & Brunei semasa pelancaran ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’.

Bagi Izreen Azminda pula, Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen Azminda

“Sebagai seorang ibu tunggal, saya memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal yang lain yang perlu menjadi pencari rezeki sambil menjadi penjaga utama buat keluarga. Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan sememangnya memainkan peranan dalam menceriakan hidup kami terutamanya pada musim Raya di mana perbelanjaan sering kali lebih tinggi dari biasa. Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini untuk memberi sokongan kepada suatu isu yang begitu bermakna buat saya.”

Kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ Dari P&G Bersama Izreen Azminda

“Di Food Aid Foundation, kami percaya bahawa semua orang layak untuk mendapat makanan yang secukupnya. Ibu tunggal biasanya kurang diendahkan oleh masyarakat namun kami berharap, menerusi kempen ini, kami dapat mengetengahkan cabaran yang mereka hadapi setiap hari dan bekerjasama untuk meringankan beban mereka sempena bulan Raya ini,”

bagi Mohamad Faisal Ghazali, Pengasas bagi Food Aid Foundation, yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.

P&G sedar akan kepentingan menjadi warganegara korporat yang baik, dan dengan itu, mereka berusaha untuk memastikan bahawa komuniti di mana P&G bertapak kekal kukuh dan berkembang. Selain daripada ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, P&G Malaysia bakal melakukan kerja-kerja amal yang lain sebagai sebahagian daripada kempen ‘P&G Malaysia Membalas Budi’ sepanjang tahun ini. Antara komuniti lain yang bakal dibantu termasuklah kanak-kanak Orang Asli, mangsa banjir, dan rakyat Malaysia yang sukar mendapat air minuman yang bersih dan selamat.

P&G_Daripada Ibu Kepada Ibu

Untuk maklumat lanjut layari

Website Kempen “Daripada Ibu Kepada Ibu’ : www.daripadaibukepadaibu.com.my

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge