Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kroisan 7 Days oleh Munchy’s menjanjikan kelainan dan kesegaran dari rasa yang pastinya lazat untuk dinikmati. Rakyat Malaysia sekarang mempunyai gaya hidup yang memerlukan mereka senantiasa aktif dan sibuk . Muchico Bakery sebuah usahasama di antara Munchy’s dan Chipita telah melancarkan Kroisan 7Days oleh Munchy’s.
Kroisan 7Days Munchy’s
Kroisan adalah kombinasi hebat doh berlapis lembut yang terhasil dari resipi istimewa. Ianya berinti krim yang kaya untuk memberi tenaga bagi meneruskan hari anda pada bila-bila masa di mana sahaja. Ianya dihasilkan untuk menghilangka kelaparan anda dengan cara yang paling enak. Ia dibungkus didalam pek aluminium bagi memastikan kebersihan dan mengekalkan kesegaran serta menjanjikan nikmat kelazatan untuk apa jua cara
Pengguna hari ini senantiasa sibuk oleh kerana perubahan dalam trend gaya hidup. Sentiasa kesuntukan masa dimana terlupa untuk makan akibat terlalu sibuk demi mesyuarat, perjumpaan mahupun kerja yang banyak. Pelancaran 7Days oleh Munchy’s ini tepat pada masanya kerana ja menawarkan snek bakeri yang sangat sesuai,lazat dan aenang dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup.
Kroisan 7Days oleh Munchy’s dihasilkan untuk dinikmati oleh semua golongan rakyat. Tidak kira pekerja mahupun pelajar hinggalah ke kanak-kanak,pastinya snek bakeri yang mudah dibawa & berpatutan harganya serta lazat seperti kroisan yang baru dibakar yang boleh menceriakan hari mereka.
Usahasama Munchy’s dan Chipta dengan melancarkan produk Kroisan 7Days adalah langkah perniagaan yang strategik dan tepat pada masanya. Dikatakan lebih RM 50 juta dilaburkan.
Perisa Kroisan 7 Days
Kroisan terbaru oleh Munchy’s yang dikeluarkan ini menawarkan 3 perisa iaitu
- Coklat
- Vanilla
- Karamel
Produk ini boleh didapati secara meluas di Semenanjung Malaysia dan menikmati snek terbaharu ini yang senang dibawa pada harag berpatutan iaitu RM1.30 pada bila-bila masa mahupun dimana sahaja
. Pada hari pelancaran , para tetamu di beri peluang untuk membuat doh Kroisan sendiri. Ini dengan bantuan dari Chef Zam
Nak tahu dengan lebih lanjut , jangan lupa layari