FAM UMUM SIAPA PENAJA MUZIK RASMI HARIMAU MALAYA?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakar sejarahnya yang tersendiri apabila mengumumkan Warner Music Malaysia (WMM) sebagai rakan penaja muzik rasmi Harimau Malaya hari ini.

FAM [PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA]

Majlis pengumuman jalinan kerjasama dilancarkan petang ini dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden FAM,  Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, dan Pengarah Urusan WMM, Dinesh Ratnam. Perjanjian kerjasama telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, dan Pengarah A&R WMM, Raqeem Brian.

KERJASAMA LAGU RASMI BOLA SEPAK

Projek pertama untuk memulakan kerjasama yang menarik ini adalah untuk menghasilkan lagu rasmi bola sepak untuk Harimau Malaya.

Datuk Wira Mohd Yusoff telah meluahkan keterujaan beliau di atas kerjasama terbaharu FAM bersama WMM.

FAM UMUM SIAPA PENAJA MUZIK RASMI HARIMAU MALAYA?

ELEMEN SEMANGAT DAN TERUJA

“Seperti yang semua sedia maklum, muzik merupakan antara elemen penting yang dapat menghidupkan rasa semangat dan keterujaan dalam sukan bola sepak.

“Ia juga antara salah satu cara di mana kita dapat menghubungkan generasi ke generasi dan saya amat teruja untuk melihat lagu rasmi bola sepak kebangsaan oleh WMM. Bakal menarik rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda daripada pelbagai latar belakang dan kaum.

FAM UMUM SIAPA PENAJA MUZIK RASMI HARIMAU MALAYA?

LAGU RASMI BOLA SEPAK KEBANGSAAN

“Selain itu, saya pasti menerusi lagu rasmi bola sepak kebangsaan ini, ia dapat membakar semangat pemain-pemain Harimau Malaya apabila turun beraksi demi negara pada perlawanan-perlawanan yang akan datang.

“Besar harapan saya agar jalinan kerjasama menyatukan dua elemen yang kuat – bola sepak dan muzik – untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua peminat Harimau Malaya,”

– kata Datuk Wira Mohd Yusoff.

Hadir sama pada majlis pengumuman kerjasama FAM dan WMM itu, ahli Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.

BANGGA MENJADI RAKAN PENAJA MUZIK RASMI FAM

“Bolasepak adalah sukan yang sangat disukai oleh semua rakyat Malaysia dan kami berbangga menyokong pasukan kebangsaan kami, Harimau Malaya, di dalam dan di luar padang. Oleh itu, kami di Warner Music Malaysia, sangat berbangga menjadi rakan penaja muzik rasmi pertama untuk FAM, dan teruja untuk memulakan kerjasama kami dengan menghasilkan lagu rasmi untuk Harimau Malaya.

FAM UMUM SIAPA PENAJA MUZIK RASMI HARIMAU MALAYA?

Ini adalah peluang yang sangat baik bagi kami untuk menunjukkan komitmen kami dalam menyokong kedua-dua sukan dan muzik industri di Malaysia. Kami berharap kerjasama ini juga akan meningkatkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia,”

-Pengarah Urusan WMM, Dinesh Ratnam.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge