KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS DI DATUM JELATEK, BEST!

Masih lagi mencari- cari persiapan untuk Raya? Apa kata singgah di Karnival Meriahnya Raya Bersama PKNS di Datum Jelatek Shopping Centre

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

Untuk tahun ini, anda yang berada di sekitar Lembah Klang berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan raya, daripada Usahawan PKNS.

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

Berlangsungnya Karnival Meriahnya Raya bersama PKNS dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU) dengan kerjasama Datumcorp International Sdn Bhd.

PELBAGAI AKTIVITI

Sempena karnival ini pelbagai aktiviti bakal diadakan antaranya, “Meet & Greet” bersama Duta Usahawan PKNS iaitu Dato Rosyam Nor, pertunjukan fesyen dari pereka fesyen Usahawan BizClub PKNS.

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

Ada juga seisi jualan dengan harga yang berpatutan dan juga ‘photobooth’ serta persembahan dan buskers pada setiap hujung minggu

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

USAHAWAN PKNS

Yang terlibat dalam karnival kali ini adalah dari kategori pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan seperti Baju Melayu, Sampin, Songkok mahupun Baju Kurung.

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

Ada juga persiapan lain sepertu barangan hiasan raya, kuih dan kerepek raya.

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

PELUANG BUAT USAHAWAN

“Karnival ini memberi peluang kepada usahawan ‘start-up’ bagi mempromosikan produk mereka disamping meluaskan hubungan perniagaan. Tidak kira melalui pendekatan jaringan perniagaan secara fizikal mahupun perniagaan atas talian.

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

Selain promosi barangan , data maklumat pelanggan juga dikumpulkan untuk strategi pemasaran yang lebih efektif untuk program masa datang. Dijangkankan hampir 5000 pengunjung bakal hadir di karnival ini,”

-Puan Yuzawati Binti Yusof, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

PUSAT BELI-BELAH DATUM JELATEK

Lokasi karnival kali ini bakal menjadi tumpuan umum kerana kemudahan fasiliti yang disediakan seperti ruang parkir yang luas dengan bayaran cuma RM1. Bagi yang tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas ada alternatif lain.

KARNIVAL MERIAHNYA RAYA BERSAMA PKNS

Boleh juga menggunakan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus stesen LRT Jelatek ke pusat beli-belah Datum Jelatek

“Karnival ini boleh menjadi acara tahunan bagi memeriahkan suasana bulan ramdan dan raya di Datum Jelatek dengan himpunan produk barangan dari Usahawan PKNS. Pastinya acara seperti ini dapat membantu komuniti setempat dalam membuat persiapan raya disampaing promosi dan diskaun harga yang menarik.”

-Tengku Khairil Azwan, Pegawai Pemantau Operasi Datumcorp International Sdn Bhd [DCI]

Credit picture: Kamarul Bahrin B Ismail

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge