SENSODYNE SENSITIVITI GUSI & ENAMEL TERBARU, AMAZING!

Sempena Hari Kesihatan Pergigian Sedunia, Sensodyne telah melancarkan produk terbaru untuk semua.

SENSODYNE SENSITIVITI GUSI & ENAMEL

Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitiviti #1 di Malaysia*, melancarkan Sensodyne Sensitiviti Gusi & Enamel, sebuah inovasi terbaharu yang terbukti secara klinikal.

Dengan formula tiga mod tindakan khusus yang memberikan kelegaan sensitiviti yang berpanjangan, membantu memulihkan kesihatan gusi dan menguatkan enamel dalam tempoh dua minggu. 

Teknologi Micro Foamnya yang inovatif berkesan dengan bahan aktif (Fluorida Stannous) ke kawasan yang sukar dicapai di antara gigi dan di sepanjang garis gusi.

PERKENAL NEW TRIPLE ACTION FORMULA

Masalah kesihatan gigi dianggap sebahagian besarnya boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan, namun angka kekerapan masalah ini masih tinggi.

Di Malaysia, 94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi, 71% menderita sensitiviti gigi, dan hampir 46% mengalami gigi kuning, yang mungkin disebabkan oleh kehilangan enamel, menurut kajian Kantar 2021.

Penemuan ini menyerlahkan kepentingan pengguna yang ketara terhadap penyelesaian dalam menangani pelbagai masalah kesihatan gigi di Malaysia.

AHLI PANEL BERKONGSI INFORMASI TENTANG MASALAH GUSI

Sensitiviti pada gigi disebabkan terutamanya oleh masalah gusi dan hakisan enamel.

ENAMEL

Lapisan pelindung paling luar gigi yang mungkin lemah mengikut peredaran masa akibat asid dalam makanan dan minuman biasa. Manakala masalah gusi berpunca daripada pengumpulan bakteria plak.

“Walaupun ramai rakyat Malaysia menghadapi sensitiviti gigi, masalah gusi dan isu enamel, penyelesaian tetap wujud”,

-kata Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon.

“Sembilan daripada sepuluh orang dewasa berisiko kehilangan enamel akibat makanan berasid, namun begitu ramai yang tidak menyedari kesannya terhadap gigi kita.

Di Haleon, kami percaya bahawa gigi yang sihat tidak seharusnya menjadi keistimewaan eksklusif. Melalui pengenalan Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel dan kempen #BetterOralCareNation.

Kami berhasrat untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mulut mereka dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh diakses.”

-Mr Bryan Wong, General Manager, Malaysia, Singapore, and Brunei (MSB) of Haleon

KESEDARAN KESIHATAN MULUT

Sensodyne meneruskan gerakan #BetterOralCareNation untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mulut di seluruh Malaysia. Mendorong rakyat Malaysia mengutamakan kesihatan mulut mereka untuk gusi dan gigi yang lebih sihat.

Kempen ini termasuk iklan televisyen yang memikat hati, pengiklanan luar yang menarik perhatian, aktiviti di lapangan yang menarik dan kandungan, saluran media sosial dan platform media tradisional.

Melalui kolaborasi dengan profesional penjagaan kesihatan, pencipta dan pempengaruh media sosial. Sensodyne menyasarkan matlamat untuk menyampaikan maklumat boleh dipercayai berkaitan dengan saluran.

#BETTERORALCARENATION

Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac, dengan acara pertama berlangsung pada 7 Mac di Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur dengan pemeriksaan pergigian percuma (ujian sensitiviti, gusi dan enamel).

Sebagai sebahagian daripada aktiviti penglibatan, lagu popular #BetterOralCareNation dibawa semula di media sosial. Bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan amalan kesihatan mulut mereka.

Ubat gigi Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Website Sensodyne

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge