KAPB & AWESOME TV KOLABORASI KEMPEN RAMADAN 2022, BEST! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan dengan penuh keampunan dimana saluran Awesome TV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna.
Tema iaitu “Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengannya” bagi Kempen Ramadan 2022 tahun ini. Dengan insipirasi ini, pelbagai program menarik pelbagai genre bakal menanti para penonton.
Bukan setakat itu inisiatif tanggungjawab sosial korporat menerusi sebuah kolaborasi amal bersama syarikat korporat – Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau KAPB.
KEMPEN RAMADAN 2022
“Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19, kami menyambut baik pengumuman peralihan fasa endemik bermula 1 April.
Ini dilihat dapat memakmurkan semula tradisi sambutan bulan penuh barakah dengan pelbagai aktiviti.
-Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV
TEMA IKHLASKAN JIWA, DEKAT DENGANNYA
Ianya dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Awesome TV 2022. Membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik insipirasi dan mengangkat semula semangat rakyat Malaysia akibat pandemik.
Pelbagai sajian program menarik dari genre khas untuk tatapan rakayat malaysia disediakan . Pastinya yang mempunyai citarasa berbeza sepanjang bulan yang mulia ini
KOLABORASI BERSAMA KAPB
Amanat yang dibawa bersama menerusi kolaborasi bersama pihak KAPB bagi menjayakan inisiatif CSR sempena Ramadan pertama di Awesome TV.
Sebagai simbolik tema kempen ini, sebanyak 15 unit permaidani eksklusif dari Masjidil Haram, Mekah dihadiahkan kepada 15 buah masjid terpilih di Lembah Klang.
Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai kandungan hebat tanpa henti yang telah disusun sepanjang bulan Ramadan nanti.