CAHAYA FESTIRA 2022 CERIAKAN RAMADAN DI SHAH ALAM, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan bakal tiba dan pastinya masing-masing sibuk membuat persiapan.
CAHAYA FESTIRA 2022
Festival Ramadan Selangor 2022 atau ringkasnya dipanggil Festira ’22 bakal merancakkan ekonomi usahawan dinegeri pasca pandemik Covid-19. Seiring penganjurannya bersempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
FESTIVAL RAMADAN TERBESAR
Menjadi antara festival Ramadan terbesar di Malaysia, Festira’22 anjuran PKNS Real Estate (PREC). Mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor perniagaan dimana kini di fasa endemik.
Justeru, tema “Cahaya Festira” menjadi pilihan tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.
LEBIH 500 RUANG JUALAN
Festira’22 menyediakan lebih 500 buah ruang jualan berkonsepkan booth kepada para peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka.
Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana dan kelengkapan untuk persiapan Aidilfitri juga ada Bazaar Ramadan. Yang menarik bakal dihidangkan pelbagai pilihan untuk berbuka puasa.
-Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani
PERSEMBAHAN ARTIS!
Tidak menarik jika Bazaar yang diadakan tanpa persembahan artis. Dengan penyertaan para selebriti tanah air serta persembahan oleh artis jemputan sebagai halwa telinga pengunjung ketika membeli-belah.
Antara barisan artis yang turut serta Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.
CERAMAH PUN ADA
Cahaya Festira 2022 turut membawakan sesi ceramah hujung minggu. Bakal disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul.
Lebih menarik tahun ini juga bakal menampilkan adik Qalif Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah.
BUSKERS PUN ADA SETIAP PETANG
Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang. Bermula 8hb Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.
“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih. Insyallah untu beberapa Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak,”
-katanya.
Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,”
Website PREC | Website BazaarLokal | Facebook Festira