Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KAO Anjurkan Kempen Welcome to My Modern Parenthood|Tahniah buat KAO team dimana telah menganjurkan Kempen Welcome to My Modern Parenthood. Kempen ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak tahun 2016 lagi. Ianya bertujuan untuk menekankan kepentingan masa kualiti bersama keluarga dalam menguruskan kerja rumah yang menjadi rutin rumah dengan pantas, mudah serta menyeronokkan.
Inisiatif yang telah diusahakan akhirnya mendapat pengiktirafan didalam The Malaysia Book of Records” untuk “Bilangan Pengedaran Buku Panduan Keibubapaan Yang Disahkan Percuma dalam Setahun Paling Tinggi”. Kejayaan yang membanggakan buat KAO yang pada memulakannya sebagai tanggungjawab sosial dan kini telah mendapat pengiktirafan di mata dunia.
Dengan tema ‘Hargai Masa Anda, Hargai Kebahagiaan Anda’, KAO Malaysia telah mengubahsuai laman mikro kempen, ini termasuk memperkenalkan buku panduan keibubapaan versi digital iaitu ‘The Secret to My Modern Parenthood’ yang boleh dimuat turun secara PERCUMA. Buku ini dihasilkan atas kerjasama KAO Japan Lifestyle Research Centre dan Positive Parenting (Official Parenting Educational Arm of the Malaysian Pediatric Association). Sebanyak 39,000 buku panduan telah diedarkan kepada NGO, hospital dan pelbagai rakan penjagaan kanak-kanak.
Ini diantara aktiviti yang berlangsung sewaktu Kempen Welcome to My Modern Parenthood
Pelbagai perkongsian sama ada bersama selebriti tempatan dan juga KOL pada hari pelancaran. Bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman apabila menggunakan produk KAO dalam kehidupan seharian. Antaranya
Mencuci baju dengan menggunakan produk KAO attack. KAO attack bukanlah jenama baru di pasaran. Dari KP kecil lagi mak guna produk ni. Detergen yang menggunakan teknologi dari Jepun ini diformulasi dengan anti-bakteria canggih yang dapat mencegah bau puluh sepanjang hari yang melekat di pakaian
. Selain itu sabun Attack juga sesuai jika kita basuh dan keringkan pakaian semalaman. Ianya tidak akan menghasilkan bau hapak
Kerja gosok menggosok menjadi senang dan ringkas.
Kalau yang ada anak kecil, mungkin kebersihan lebih diutamakan . Jangan risau dengan KAO Malaysia pelbagai produk dapat membantu dalam kehidupan seharian
Antara produk yang ada seperti Magic Clean . dari handy duster, pencuci lantai , pencuci dapur dan sebagainya. Bak kata orang lengkap semualah.
Ruang Tamu
Magic Clean adalah cara pembersihan rumah moden yang membolehkan ibu bapa millennial senantiasa ke sana ke sini untuk menyelesaikan kerja rumah dengan pantas. Dari pemukaan dapur, peralatan berdebu, kotoran yang degil atau lebih pastinya MAGIC CLEAN bersedia membantu.
Di Dapur
Cuma perlu 30 saat sahaja MAGIC CLEAN dapat menyingkiran kesan minyak dan pembersihan selepas memasak bleh dilakukan dalam sekelip mata .
Bilik Mandi
Dinding dan lantai ke tempat duduk dan sinki, bersihkan semua sudut bilik mandi yang kotor dalam masa yang singkat dengan penyelesaian pembersihan MAGIC CLEAN yang tidak memerlukan sentalan. Menarik bukan?