Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MOVIE/TEATER
  • Town Mall Diinspirasikan Dari Kisah Benar Dari Novel Ke Filem
town mall

Town Mall Diinspirasikan Dari Kisah Benar Dari Novel Ke Filem

Nannie IsaJune 23, 2020June 23, 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Isi Kandungan tutup
1 Pelakon Town Mall
2 Sinopsis Town Mall

Town Mall Diinspirasikan Dari Kisah Benar Dari Novel Ke Filem| Bangunan terbengkalai sering dikaitkan dengan kisah misteri dan mistik. Bagi pengikut cerita seram, pasti tahu kisah-kisah popular dan legenda di Malaysia yang mampu membuat bulu roma meremang.

Terbaru, filem Town Mall menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Filem terbitan Enuja Production ini awalnya dijadualkan untuk tayangan pawagam pada 26 Mac lalu, namun kini, Astro Shaw dengan sukacitanya membawa
terus ke pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First (480) mulai 25 Jun 2020.

Pelakon Town Mall

 

Pembikinan filem Town Mall yang mengambil masa 25 hari penggambaran ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya. Lebih mengujakan, ini merupakan naskhah pertama Datuk Seri EizlanYusof yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem.

“Saya selaku penerbit bersama barisan kru dan pelakon tidak sabar untuk menunggu reaksi penonton kelak.
Sokongan daripada pihak Astro Shaw yang membuka ruang buat penerbit untuk menayangkan filem dalam tempoh sekarang ini.

Memberikan saya lebih keyakinan dan percaya potensi filem ini untuk mendapat sambutan positif. Saya berharap kehadiran filem ini mampu menjadi pencetus. Mencipta penanda aras baru dalam adaptasi filem daripada novel seram. Ini kerana sebelum ini amat jarang kita lihat naskhah-naskhah novel seram diangkat ke layar perak.”

-kata Penerbit dari Produksi Enuja Production, Zainuddin Mohd Ismail menzahirkan rasa penuh keterujaan kerana filem Town Mall akhirnya bakal menemui penonton.

“Kami di Astro Shaw akan terus membantu penerbit membawa karya mereka ke rumah untuk ditonton buat
pertama kalinya menerusi saluran Astro First. Jika sebelum ini kami telah bawakan genre berbeza seperti komedi drama, komedi seram, drama islamik. Terbaru istimewa pada kali ini adalah genre filem seram.

Memahami citarasa penonton, kami terus komited untuk tampilkan pelbagai lagi genre berbeza di masa akan datang. Kami berharap, selaras dengan fasa penjanaan semulaekonomi negara, usaha ini sedikit sebanyak turut dapat membantu industri perfileman tempatan. Bantu  untuk terus bernafas dan kembali bergerak aktif selaras dengan normal baharu.

Sementara itu, kami merasakan bahawa sekarang ini adalah waktu yang begitu tepat untukmembawakan filem Town Mall kepada penonton, di mana jalan ceritanya mampu membuatpenonton mengimbau kisah-kisah seram yang berlaku sebelum ini.

Namun begitu, aktiviti menonton di rumah bersama keluarga tetap diteruskan dengan pelbagai rancangan menarik di Astro. Ketika ini, filem seperti Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa masih rancak ditayangan di saluran Astro First.”

-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Sinopsis Town Mall 

 

Town Mall mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan halus . Kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah seram menerusi filem Town Mall yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 25 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.



Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Astro Shaw, Town Mall

Post navigation

Previous: CHANTIQUE Bukan Barangan Kemas Biasa Tetapi Vintaj Dan Antik
Next: TWS Neo Earphone- New Launch True Wireless By Vivo in Malaysia

Related Posts

K-VARIETY-

K-VARIETY- FIVE NEW LAUGH-OUT-LOUD SHOWS TO DEBUT IN AUGUST

August 7, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

JANGAN PANDANG BELAKANG 2 DI 14 BUAH NEGARA, BETUL KE?

September 27, 2024September 29, 2024 Nannie Isa

FILEM ‘GAYONG’ ANGKAT KISAH BENAR MAHAGURU SILAT !

September 20, 2024September 19, 2024 Nannie Isa

One thought on “Town Mall Diinspirasikan Dari Kisah Benar Dari Novel Ke Filem”

  1. Tekkaus says:
    June 24, 2020 at 12:42 AM

    Wow I love horror movie. Perhaps this will be very good.

    They only needed 25 days to complete the shooting. Wow1

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}