Anggun Chef Cafe Restaurant Hidang Nasi Lemak Rendang Peanut Butter

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anggun Chef Cafe Restaurant Hidang Nasi Lemak Rendang Peanut Butter| Pernah rasa tak hidangan ala fusion seperti ini? Kalau tidak pernah ini yang KP nak kongsikan . Sebelum ke hidangan makanan , tahniah diucapkan buat Ms Mimie Azura selaku pemilik Anggun Chef Cafe yang baru dibuka di South Entrance MITEC.

Anggun Chef 

Mungkin ada yang pernah mendengar tentang Anggun? Anggun Fusion adalah nama sebelumnya. Restoran sebelum ini dibuka di Plaza Damas pada 2013.  Anggun Fusion telah melebarkan ruang dan sayap selepas penglibatan sebagai food vendor di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Anggun Chef  Cafe Restaurant

Baru sahaja dilancarkan pada awal bulan September 2020 di South Entrance MITEC. Yang menariknya dekorasi yang ada cukup ‘simple’ dan elegan. Ruang yang luas dan selesa sesuai untuk menikmati hidangan mahupun temujanji bersama ‘client’ atau rakan. Hidangan fusion diantara yang dihidangkan dimana menggabungkan masakan barat dan Asia. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan adalah premium dan penting sekali tiada MSG. Dibuka dari 7 pagi hingga 9 malam (setiap hari)

Anggun Chef Restaurant juga turut menyediakan perkhidmatan katering eksklusif, perkhidmatan barista dan juga perkhidmatan penghantaran makanan.Ini adalah mesin kopi yang pertama dan hanya satu di Malaysia yang di ‘doodle’ gambar Menara Berkembar Petronas.

Hidangan Fusion

Setiap hidangan yang dihasilkan dari chef yang berpengalaman. ‘Elegance in Flavours’ adalah tema di Anggun Chef Cafe Restaurant. Lebih dari 15 menu untuk dipilih dan semestinya sempat KP merasa ‘signature’ dish yang wajib dicuba bila berada di sini.

Nasi Lemak Anggun Rendang Peanut Butter [RPB]

Haa.. anda peminat nasi lemak tak? Kalau minat anda perlu cuba hidangan ini. Nasi lemak tidak lengkap tanpa bahan sampingan seperti ikan bilis goreng, kacang, timun, telur dan sambal tumis bukan? Yang menjadikan ia kelainan adalah rendang ayamnya. Rendang ayam dimasak dan dicampur dengan peanut butter. Nak tahu rasanya kenalah cuba sendiri ye

Anggun Asam Pedas Daging Tetel 

Dari nama hidangan pasti dah tahu apa masakannya. Asam pedas yang biasa KP nikmati dari jenis ikan tetapi kali ini daging tetel. Kalau buat rakan yang tidak mengambil daging boleh ditukarkan dengan ayam ye. Ada pilihan jangan risau tau. Lengkap dengan nasi putih serta ulaman.

Spaghetti Asam Pedas Lamb Grill

Spaghetti biasa kite dengar carbonara, marinara , oglio mahupun bolognese. Pernah terfikir tak apabila di fusion kan makanan Barat dan Asia terhasillah Spaghetti Asam Pedas. Semestinya sos atau kuah rasa asam pedas. Hirisan lamb di grill enak sebelum diletakkan diatas spaghetti.

Magherita atau Hawaian Beef/Chicken /Marinara
Nak beralih kepada hidangan Barat! Ada juga lah , tak perlu ke lokasi lain. Di sini semuanya ada . Pilihlah pizza dari perisa Magherita atau Hawaian Beef/Chicken ataupun Marinara. Tengok sendiri ‘topping’ di atas pizza ni. Mau tak tergugat?
Mim’s Seri Muka  (Seri Muka brûlée)

Peminat kuih seri muka? Ini diantara hidangan yang difusion kan.

Dimana hidangan seri muka tetap berpulut dan menggunakan pandan tetapi di bakar diatas permukaan seperti cream brule’

Dessert dan Pastri

Ini diantara roti yang ada tanpa inti dan berinti. Makan kena masa panas panas bersama dengan minuman panas seperti hot latte, cappucino mahupun Paris tea.

Antara dessert yang sempat di nikmati kemanisannya yang di buat khas oleh chef yang berpengalaman.

Boleh jadi rambang mata kalau duduk di sini terutama sekali waktu minum pagi atau minum petang. Oh yea !Setiap kopi yang disajikan pihak Anggun Chef menggunakan biji kopi yang diimport dari Peranchis, dikisar dan dijadikan minuman mengikut permintaan pelanggan

Minuman Sejuk 
Jangan risau minuman tanpa alkohol ye . Antara pilihan Frozen Virgin Margarita, Apple Mint Virgin Mojito, Blueberry Virgin Mojito yang pasti menyejukan tekak anda.
#AnggunCradle

Jika menikmati hidangan di sini pasti akan terlihat suatu buaian indah yang di hias terletak di bahagian luar restoran. Abadikan sekeping dua gambar mahupun video di sini.

 Muatnaik kan ke laman sosial media dengan #AnggunCradle di setiap posting. Pihak restoran akan menyalurkan sumbangan RM1 bagi setiap hastag kepada Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Sri Puchong, Selangor
Makan- makan sambil menderma pada mereka yang memerlukan. Memang terbaik!
Untuk maklumat lanjut layari



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge