INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X, SURELY AWESOME!

INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X, SURELY AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. YBeeee dan Curry Spice Kembali dalam Instant Cafe Night Live! Edisi X.

Jika anda peminat komedi, suka bergelak ketawa dan mudah terhibur pasti ini berita baik untuk anda.

INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X 

Acara “Instant Cafe Night Live! Edisi X”  bakal menampilkan dua watak utama yang cukup menghiburkan dengan jenaka dan telatah yang cukup kelakar. 

THE INSTANT CAFE THEATRE COMPANY

Ditubuhkan pada tahun 1989 merupakan antara perintis untuk bakat-bakat komedi. Antara mereka yang paling diingati dan menyerlah watak Ybeeee dan Curry Spice. Dijayakan dengan begitu baik oleh Jo Kukathas!

THE INSTANT CAFE THEATRE COMPANY

SHIRAZ BERKERJASAMA

Untuk  Instant Cafe Night Live! Edisi X kali ini, pihak Shiraz dengan bangganya bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company.

Ini adalah berikutan kejayaan luar biasa dan sambutan yang membanggakan terhadap Instant Cafe’s “The May 9 Show” pada tahun 2019.

INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X 

Kolaborasi ini memberikan persembahan SATU MALAM SAHAJA dengan pelakon bertaraf bintang di Dewan Plenary

Edisi kali ini akan ‘dipersembahkan ‘ di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam dan tiket akan mula dijual pada 10 Februari 2023

-kata Shirazdeen Karim, Penerbit Eksekutif Shiraz Projects

SAKSIKAN JO KUKATHAS

Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan ‘Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks’ dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu.

INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X 

Curry Spice yang cukup berani, si cantik dan memukau dari Sentul, bintang program Netflix “Keeping Up With The Coomarasamys” dan biopiknya yang akan datang “Ini Kari Lah”.

THE INSTANT CAFE THEATRE COMPANY

SEAN GHAZI & KUAH JENHAN

Semestinya Sean Ghazi yang tiada tandingan dan juga pelawak standup paling comel, Kuah Jenhan. Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan!

THE INSTANT CAFE THEATRE COMPANY

Saksikan mereka membicarakan pelbagai topik dan perkara dari ‘banjir ke quinoa ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia, semuanya, segalanya… dono wai’.

Acara ini direka oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan Na’a Murad.

HARGA TIKET

THE INSTANT CAFE THEATRE COMPANY

Nak beli kat mana dan harga tiket berapa ye. RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (Platinum), RM188 (188), B30 (RM88)

Website Shiraz| Website Instantcafetheatre| Ticket Asia |

Contact 03-8600196/ 012-2560082

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge