Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Inai Yang Hilang Siaran di ntv7 Mulai 25 Jun 2018, Siapa Yang Hilang |Inai yang hilang pastinya berkaitan dengan perkahwinan bukan? Kenapa kerana sebelum bersanding biasanya jari-jari diinai dan ada yang di malam berinai bertukar-tukar pakaian untuk dirakam sebagai kenangan. Apa sebenarnya yang di hubung kait dengan drama yang terbaru yang ditayangkan di ntv7, jom kita sama sama saksikan ye
SINOPSIS Inai Yang Hilang
Sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Wan Jamil. Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitahu sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempatan untuk memberitahu Ika, Sara dan Wan Jamil telah hilang dari rumah pada keesokan harinya. Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan pasangan pengantin itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian
Sara dan Wan Jamil. Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan. Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah duit Dapatkah Sara ditemui di akhir cerita ini?
Inai Yang Hilang
Tarikh Siaran : Setiap Isnin – Jumaat, bermula Isnin, 25 Jun 2018
Masa Siaran : 8.30 malam – 9.30 malam
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Kaka Azraff, Aishah Azman, Ben Amir, Ikmal Amry, Syainie Aida, dan Dynas Mokhtar
LAGU TEMA / OST
Pilu – Taja MUH feat Adi & Kaka