Jangan Benci Cintaku Drama Terbaru di Akasia Mulai 29 Jun 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jangan Benci Cintaku Drama Terbaru di Akasia Mulai 29 Jun 2018 |Drama-drama yang terdiri daripada genre-genre yang pelbagai, para penonton pasti akan dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan kualiti dirumah. Since Syawal pun masih lagi belum melabuhkan tirainya tetapi drama yang dimainkan masa Ramadan dah tamat Gantilah drama baru kan .. Kali ini jom layan drama baru yang KP nak kongsi nie

Akasia: Jangan Benci Cintaku
Tarikh Siaran : Setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 29 Jun 2018 – 7 Ogos 2018
Masa Siaran : 7.00 petang – 8.00 malam
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Suhan Movies
Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Daler Yusof & Amelia Henderson

SINOPSIS Jangan Benci Cintaku
Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal merupakan aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang langsung tidak bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dan sering menganggap bahawa perkahwinan adalah satu beban. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan memenangi hati suaminya semula.

Saksikan drama-drama hebat TV3 dan ntv7 sebagai sebuah aktiviti berkualiti keluarga anda dan gunakan hashtag #dramasangat untuk meriuhkan perbualan di laman sosial.


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge