Blok 404 Kembali Dengan Tagline Hidup Sampai Mati Kategori P18
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Blok 404 Kembali Dengan Tagline Hidup Sampai Mati Kategori P18 |Telefilem bercorak cemas dan seram, Blok 404 arahan Silver Chung yang pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) sekitar 2001, kini difilemkan. Pernah menghantui penggemar cerita seram kira kira 17 tahun lalu, pastinya versi filem ini antara karya yang sudah ditunggu lama sekali gus mengubat kerinduan mereka yang sukakan genre sedemikian.
Masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tak ketinggalan Kamal Adli, Kilafairy, Azrel Ismail, Izreen Azminda dan Taufik Hanafi.
Menurut Penerbit Esekutif filem Blok 404, Kam Abd Manap, usaha menyatukan kembali bintang asal Blok 404 dengan disokong pelakon lain sudah lama difikirkan dan akhirnya menjadi kenyataan.
“Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada. Pihak kita juga berusaha untuk mendapatkan pelakon asal Nabila Huda sebelum ini, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain.Harapnya dengan tiga pelakon asal dan wajah baharu, filem ini akan menjadi sebuah gandingan terbaik. Insya-Allah .” .
Sementara itu, filem Blok 404 dengan tagline Hidup Sampai Hati disifatkan Boy Iman sendiri yang turut bertindak sebagai penerbit sebagai versi terbaru dan bukan kesinambungan daripada cerita Blok 404 yang dulu. Namun ia berdiri dengan sendiri dengan judul sama tetapi mempersembahkan plot cerita berlainan, bahkan jauh lebih seram dan mendebarkan.
Saya sedar diri.Azma bagi saya dia seorang pengarah yang bijak dan berbakat besar. Tambahan pula dia pernah memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014. Maka, saya yakin dia dapat menghasilkan filem Blok 404 ini dengan baik,”
Sinopsis Blok 404



Trailer Blok 404


Wow, dato yang dapat anugerah di luar pagar istana pun ada dalam cerita ni.
Dulu dulu semangat tengok cerita ni. Tengok ramai ramai dengan sepupu. lepas tu nak gi tandas pun berteman, nak gi dapur pun semuaa pergi hahaa adui