Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
i-City Shah Alam : Itsy Bitsy, Jungle Adventure & Fun Drive Tarikan Terbaru |Jika di sebut i-City pastinya yang menjadi perkara pertama dalam ingatan ialah lampu. i-City sebelum ini di kenali dengan lampu dan cahaya. Selain itu Rumah Salji juga mendapat perhatian orang ramai untuk sama-sama merasai kesejukannya.
I-CITY SHAH ALAM
Sedikit informasi tentang i-City. ianya taman tema hiburan seluas 25 ekar (besar juga kawasannya). Tarikan pertama di sinilah ialah mengenai lampu / cahaya pada waktu malam.
Kemudian ianya membuat perubahan dengan membuka satu lagi tarikan WaterWorld di sini untuk memberi dan menarik minat pengunjung ke sini. Terbaru i-City telah memperkenalkan tarikannya yang terkini. Nak tahu apa dia jom kita “explore”
Di Taman Tema Fun-World,
-
Itsy Bitsy –
Taman tema magik- mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Lebih dari 6 permainan di sini yang boleh di mainkan bersama dan pastinya kanak-kanak akan gembira di sini.
Suasana nyaman dan lagi seronok bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Di sambut dengan pintu masuk yang berlatar belakangkan ulat beluncas dan semut memang menarik perhatian kanak-kanak
Buat yang suka bergambar ada beberapa lokasi menarik untuk bergambar. Apa kata layan gambar -gambar yang di ambil sewaktu di Itsy Bitsy i-City
Pintu gerbang masuk
Bergambar di pintu masuk
Di antara maskot yang ada
sesuai dengan Halloween yang bakal tiba
Aksi adik beradik
antara permainan untuk kanak-kanak
Best ada pirate shiplah
Tengah buat apa tu
di keretapi yang tak gerakgerak.. bilalah nak sampai
antara permainan yang ada
suasana di waktu malam
Fun Drive
Di Fun Drive, keunikannya ialah kanak kanak di ajar untuk mengendali kenderaan dan juga peraturan lalu-lintas. Ianya seakan-akan sebuah bandar mini di mana ada bank, stesen minyak,balai polis dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, kanak-kanak di berikan peluang untuk mereka memandu sambil wajib mematuhi beberapa peraturan lalu lintas yang di sediakan
Jungle Adventure
Lain pula di Jungle Adventure. “Jungle Rider”, memberi keseronokan buat sesiapa ingin meneroka alam hutan . Alam hutan “jadian” bukannya di haiwan sebenar tetapi patung sahaja. Kami juga sempat bermain bumper car dan seronok… memang seronok seolah-olah release tension sebentar bila mendengar rakan yang lain ketawa gembirabumper car
kami sebelum acara bumper car bermula
Space Walk, Mist Fountain dan Water Dancing
Space Walk,
aktiviti yang perlu untuk mengayuh ala-ala basikal di samping dapat melihat permandangan i-City dari permukaan atas.mMenarik memang menarik tapi pada satu masa cuma 2 orang sahaja satu basikal
Water Dancing-
dari nama ianya sahaja pasti anda sudah tahu. Water Dancing- pancutan air menari mengikuti lagu yang di pasang dengan cahaya lampu bertukar warna. Memang asyik melihat pancutan air menari,
Mist Fountain –
air yang sejuk & nyaman ketika berada di kawasan ini. ianya cantik pada padangan manusia dan semestinya salah satu tempat yang KP rekomenkan untuk family getaway