Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cuti Sekolah bersama Pak Nil Dengan Super Star Libra |Semestinya bulan November dan Disember adalah bulan yang di nantikan. Kenapa? Kerana bulan itu ialah bulan cuti sekolah dan juga bulan Disember wajib untuk menghabiskan baki cuti tahunan yang ada.
Berita baik buat semua peminat abang Aznil Nawawi dimana ada program cuti sekolah . Star Cruise Libra berkerjasama dengan Pak NIl untuk program ini.
CUTI SEKOLAH BERSAMA PAK NIL
“Cuti Sekolah bersama Pak Nil “ selama 4 hari 3 malam dari Penang-Phuket-Krabi-Penang dari November 30, 2014 hingga ke Disember 3,2014. Tawaran harga dari RM 1499 dan ada diskaun menarik di berikan untuk 3rd & 4th pax sebanyak RM 500 seorang.
Pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Penang macam mana? Jangan lupa tawaran harga termasuk dengan pengangkutan dari Kuala Lumpur-Penang-Kuala Lumpur
SUPER STAR LIBRA
Pelayaran selama 4 hari ini di janjikan dengan aktiviti yang menarik , seisi beramah mesra, seisi minum petang bersama Pak Nil, Gala Dinner + Parti Koktel , aktiviti bersama Pak Nil dan beberapa aktiviti lain.
SIJIL PELAYARAN ?
Dapat pulak sijil pelayaran yang ditandatangi khas oleh Pak Nil dan kapten Super Star Libra. Yang dinanti diantaranya menikmai hidangan mewah setiap hari
Tak sabar nak explore didalam tu dan berkongsi bersama anda semua. Katanya makan lebih dari 5 kali betul ke ? Mahu gemuk sekejap untuk 4 hari nie. Naik tembam muka , tembam dan apa apa yang patut haha…
ADA RESTORAN HALAL?
Setakat restoran biasa dan juga ada restoran halal. Antaranya Spices Restaurant. Pastikan anda jangan lupa untuk menanti artikel atau entri yang bakal dikongsi nanti .Insyallah bakal mencoretkan pengalaman manis yang pasti akan di ingati selalu ..
Pastinya menarik dan gembira dapat bersama Pak Nil sambil berlayar di Super Star Libra. Apa yang tak sabar nak dikongsi bersama adalah pengalaman pelayaran di atas star cruise sendiri . Pastinya banyak perkongsian .
Jom ramai-ramai kita bercuti nak tak? KP kena tengok budget dulu kalau mencukupi insyallah “I will follow You ….”