Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hotel TheEverly Putrajaya Menjadi Pilihan #ETWPutrajayaFoodTrail| KP sempat untuk turut serta dalam program terbaru Gaya Travel #ETWPutrajayaFoodTrail. Untuk kali ini Hotel TheEverly Putrajaya telah menjadi tempat penginapan untuk semua peserta #ETWPutrajayaFoodTrail. Terletak di Presint 1, dan ianya bersebelahan dengan Alamanda Shopping Mall. Hotel ini di uruskan sendiri oleh The Everly Group.
Hotel TheEverly Putrajaya
Mempunyai 380 bilik tetamu, dewan banquet yang memuatkan 1000 tetamu, 8 bilik mesyuarat, coffee house, cafe lounge dan juga kolam mandi. Ini adalah bilik yang bakal KP menginap selama 3 hari 2 malam sepanjang #ETWPutrajayaFoodTrail.
Antara Fasiliti didalam bilik Hotel TheEverly Putrajaya
- Akses Wifi Internet percuma di semua tingkat
- Sofa didalam bilik
- Televisyen LCD dengan alat kawalan jauh
- Saluran TV Astro / Satelit
- Bilik KP menghadap tasik yang ada di Precint 1
- Pilihan katil KP untuk beradu
- antara hotel yang menyediakan sejadah untuk para tetamu yang beragama Islam
- Seterika dan papan seterika ( tidak perlu lagi minta dengan housekeeping)
- Kemudahan membuat teh dan kopi di dalam bilik
- Bilik air (transparent)
- Siap dengan barang asas seperti ubat gigi, sikat, shower cap mahupun shaver
- Jadi kalau ke sini terlupa membawa berus gigi dan ubat gigi tak perlu risau ye
Untuk ke Hotel TheEverly Putrajaya,
-
Putrajaya Sentral
: Dari sini bolehlah menaiki Nadi Putra untuk terus ke sini. Di Purtrajaya Sentral terdapat servis ERL di mana ia boleh di naiki di KL Sentral atau mana-mana perhentian pertengahan seperti- Bandar Tasik Selatan, Salak Tinggi atau KLIA.
-
Nadi Putra Bas: No 300 atau 302 ke Alamanda.
- Perkhidmatan bas: Perkhidmatan bas disediakan dari pelbagai stesen.
- Teksi : Teksi bermeter untuk sampai ke Alamanda dari Pusat Bandaraya KL hanya mengambil masa 30 minit
Tak rugi menginap di sini kerana fasiliti di sini semuanya ada lebih lagi bersebelahan dengan Alamanda Shopping Mall, jadi jika kebosanan bolehlah ke Alamanda menonton wayang, bowling, karoake mahupun shopping. Suasana nyaman apabila waktu pagi dan lebih menarik jika dapat melihat matahari terbit mahupun terbenam. Untuk maklumat lanjut tentang promosi bilik mahupun dewan seminar atau hidangan boleh layari di
Website | Contact : 03-8892 2929
*masih ada lagi entri #ETWPutrajayaFoodTrail, tunggu tau