Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Astaka Morocco Pavillion Bakal Mercu Tanda Terkenal di Putrajaya: #ETW| Astaka Morocco Pavillion terletak di bahagian utara di Taman Botani Presint ,Putrajaya. Ini adalah salah satu tempat yang KP rekomenkan untuk melawat jika berada di Putrajaya. Apakah kehebatan dan menariknya tentang Astaka Morocco Pavillion ini? Apa kelebihannya Ini adalah salah satu tarikan yang anda mesti dilawati di Putrajaya.
Sedikit informasi tentang Astaka Morocco Pavillion
Astaka Morocco Pavillion, bakal menjadi satu mercu tanda yang terkenal di Putrajaya,
Mempamerkan Moroccan dan Moorish seni bina yang unik yang terkenal di Maghribi, kebetulan dipercayai pertama seumpamanya di rantau ASEAN.
Tetamu yang berjalan ke dalam Astaka Morocco Pavillion pastinya terpesona dengan tiang melengkung, alang siling dan ukiran halus pintu kayu. Setiap ukiran ini di buat dengan penuh teliti tanpa dapat kesan mana-mana cacat cela. Selain itu, apabila berada di sini , terasa yang diri ini berada di Maghribi di mana terkenal bandar-bandar yang penuh hiasan.
Notis penting
Para tetamu yang hadir di sini perlu menanggalkan kasut ataupun selipar didepan pintu masuk. Jika ada yang ingin mengambil gambar mahupun membuat photoshoot di sini perlulah mendapat kebenaran. Alangkah gembiranya KP kerana kali ini KP dapat mengambil seberapa banyak gambar yang KP suka sewaktu berada di sini. Terima kasih Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel kerana memberi peluang pada kami
Apabila KP memasuki Astaka Morocco, ada longkang air yang memisahkan antara kiri dan kanan bertemu di air pancut yang berada di tengah-tengah Astaka Morocco ini. Alangkah baiknya jika di jaga dengan lebih baik dan teliti kerana di dapati ada lumut mahupun keladak didalamnya. (Pendapat peribadi KP)
Pameran
Dikatakan beberapa peralatan antik dan barang-barang yang di pamerkan di bawa terus dari Morocco. Ada beberapa bilik yang di pamerkan mengikut bandar. Ini adalah di antaranya yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di sana. Memang terkesima, terkedu atas kecantikan , ketelusan dan kehalusan pada ukiran kayu dan pintu. Alunan bacaan sepanjang KP berada di sini tanpa henti
Bandar FEZ:
Perabot-perabot yang ada Menarik perhatian KP , cantik ukirannyaPasu yang cantik.
Ukiran dinding di bilik bandar FEZ
Bandar Rabat
Terletak di Lautan Atlantik
Cantikkan kedi atau cerek ini. Cerek style lama Ukiran siling Pintu gerbang di bilik pameran bandar Rabat
Bandar Essaquira
Antara perobot yang ada di bilik pameran ini
Pintu yang di ukir dengan pelbagai ukiran berwarnaTempat rehat yang ada sewaktu melawat bilik-bilik pameran yang ada di sini
Bandar Rif Atlas
Cantik bukan kombinasi warna sofa ini. Coklat dan hitam menjadikan ia lebih menyerlah
Lampu yang tergantung di siling bilik pameran ini , cantik sungguh
Astaka Morocco juga antara tempat yang KP rekomenkan untuk photoshoot wedding mahupun sejarah tentang seni reka bina dari Morocco. Lihat sahaja pemandangan yang sempat di ambil di luar Astaka ini. Bukan senang tau nak dapat view macam ni. Tapi ingat tau kalau nak buat photo shoot di sini jangan lupa dapatkan kebenaran tau.
Sebelum KP beransur pulang sempat KP dan rakan media lain rakamkan gambar untuk kenag-kenangan. Terima kasih @akugraphy atas segala gambar ini, sempat lagi sekodeng kami masa kami WEFIE ..
Apapun terima kasih sekali lagi atas pengalaman ini. Hingga ke hari ini baru KP tahu kewujudan Astaka Morocco Pavillion di Putrajaya. Mungkin jika KP tidak mengikuti #ETWPutrajayaFoodTrail ini , KP masih tidak tahu. Ukiran yang halus seperti di ukir dengan penuh kasih sayang dimana jatuh hati dengan segala kecantikan dan kekemasan barang-barang yang dipamerkan. Kalau berkesempatan jangan lupa lawati Astaka Morocco Pavillion ini tau
Facebook |