#ETW : Berakit buluh di Hulu Langat Sambil Menikmati Keindahan Alam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#ETW : Berakit buluh di Hulu Langat Sambil Menikmati Keindahan Alam |Eat, Travel and Write atau #ETW adalah anjuran bersama Gaya Travel dan UPEN untuk memperkenalkan jua mempromosi tempat penginapan mahupun makanan yang sedap lagi best di sekitar Hulu Langat dan Kajang. Terima kasih buat para penganjur kerana memberi KP peluang untuk turut serta. Teruja ke tak? Pastinya teruja kerana program ini bakal berlangsung selama 3 hari 2 malam dan penuh dengan aktiviti yang menarik dan surprise menanti. Nak cerita semua dalam satu entri mahu jadi kertas kajang so KP akan ceritakan di beberapa entri nanti.
Hari Pertama #ETW
Seawal jam 7pagi lagi KP dan minta hubby hantar ke MATIC sebagai tempat “meeting point”. Agak mengejutkan untuk KP kerana inilah kali pertama KP mengikuti trip di mana polis escort akan mengikuti sehingga berakhirnya program ini. Terima kasih abang abang polis kerana membantu untuk memudahkan perjalanan kami. Lokasi pertama kami pada hari itu ialah Desa Rehat (Homestay) Uluhati.
Desa Rehat (Homestay) Uluhati
Di Desa Rehat (Homestay) ini, pelbagai aktiviti boleh di lakukan seperti menunggang kuda, berkhemah, jungle trekking mahupun berakit buluh menyusuri Sungai Langat. Selain itu aktiviti korporat seperti team building dan kursus motivasi ada di jalankan di sini. Jika ada yang inginkan majlis perkahwinan lain dari yang lain boleh sahaja diadakan di sini “Country Wedding” . Berbalik pada agenda #ETW hari ini, kami bersarapan di sini kemudian akan meneruskan aktiviti mencabar. Apakah aktiviti itu? Baca sampai habis tau…








Sedikit perkongsian tentang rakit buluh ini
Rakit buluh ini akan di buat apabila ada permintaan. Rakit buluh ini mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk di siapkan. Dari mencari buluh yang sesuai didalam hutan, kemudian memotong ,mengikat agar rakit buluh diikat kuat supaya tidak tenggelam. Satu rakit buluh boleh di naiki seramai 5 orang jika bersaiz sederhana. Selepas rakit buluh di gunakan menyusuri Sungai Langat, ianya tidak boleh di gunakan kembali dan buluh akan di jual.







Terima kasih sekali lagi buat team Gaya Travel dan UPEN atas jemputan. Follow hashtag di bawah untuk gambar-gambar dan ketahui aktiviti yang kami lalui selama 3 hari 2 malam.
Credit picture : lily riani ,team Gaya Travel dan rakan media & blogger yang turut sama. Untuk informasi tentang trip ke mana selepas ini kena follow


