HVTC merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan di Malaysia pada Disember 2015 sebagai anak syarikat kepada Finemetal Malaysia Sdn Bhd. HVT berkonsepkan pemberian ganjaran yang unik kepada ahlinya. Setiap ahli bakal menerima sejumlah ganjaran sebaik sahaja ahli mendaftar. Selain itu ahli juga bakal menikmati penginapan percuma dengan meggunakan mata yang terkumpul dimana-mana rangkain hotel yang berkerjasama dengan pihak HVT. Ini adalah kelebihan jika menjadi ahli dan pastinya dengan bercuti dapat membantu mengembangkan sektor pelancongan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.
“HVT tidak hanya akan fokus kepada pengukuhan di pasaran dalam negara sahaja, sebaliknya akan meneroka peluang ke luar negara dengan menjalin kerjasama dengan hotel terbaik di luar negara menjelang 2018. Antaranya hotel-hotel di Gold Coast di Australia, Royal Tulip Victoria di Bali serta hotel-hotel lima bintang di Thailand, Cambodia, Vietnam, Myanmar dan lain-lain serta menyasarkan lebih 200 buah Boutique Hotel di seluruh Asia “
Menurut Datuk Seri David Tan Tai Wee iaitu pengasas serta Penasihat Korporat HVTC


Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah En. Muhammad Zaini Daud. Selain itu, majlis pelancaran ini juga turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Nurul Wahab yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan meriah

Mengenai Syarikat dan Penasihat Korporat
Finemetal Malaysia Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia pada 22 Disember 2015 dan sebuah syarikat yang kukuh dengan perniagaan runcit dan borong melibatkan besi (metal). Finemetal membekalkan vanding machines kepada bank-bank.
Di bawah Finemetal, ditubuhkan pula anak syarikat yang dinamakan HVT International Vacation Club atau Hervetia (HVT) International Vacation Club (HVT)
Penasihat Korporat yang juga Pengarah Syarikat, Datuk Seri Tan Tai Wai memiliki pengalaman luas dalam perniagaan dengan memasuki alam pekerjaan sejak berusia 18 tahun dalam bidang jualan di kedai elektrik.


