Kempen SAFE STEPS First Aid Merentasi Asia dari Yayasan Prudence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen SAFE STEPS First Aid Merentasi Asia dari Yayasan Prudence | Yayasan Prudence, entiti pelaburan komuniti Prudential Corporation Asia hari ini mengumumkan pelancaran program SAFE STEPS First Aid melalui gandingan dengan Persekutuan
Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), National Geographic (NatGeo) serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Program pan-Asia ini merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bertujuan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai kemahiran pertolongan cemas merentasi Asia. Lanjutan kejayaan dua program SAFE STEPS terdahulu yang memberi tumpuan kepada bencana alam dan keselamatan jalan raya, SAFE STEPS First Aid bertujuan menyediakan maklumat pertolongan cemas yang penting kepada berjuta-juta penduduk di Asia.Kempen SAFE STEPS First Aid Merentasi Asia dari Yayasan Prudence

Pelancaran hari ini diadakan sempena Hari Pertolongan Cemas Sedunia IFRC (World First Aid Day) yang diiktiraf di peringkat global. Sambutan ini bertujuan mempromosikan pengetahuan pertolongan cemas demi memperkasakan masyarakat dalam menghadapi sebarang kecemasan jika diperlukan. Saban hari sekitar 16,000 individu maut akibat kecederaan di seluruh dunia. Walaupun beribu-ribu individu terselamat, mereka terpaksa berdepan kecacatan yang berkekalan.1 Tambahan pula, meskipun rumah dianggap sebagai tempat yang selamat, namun 80 peratus daripada kemalangan sebenarnya berlaku di rumah. 2 Menerusi SAFE STEPS First Aid, Yayasan Prudence dan rakan-rakan kerjasama berhasrat menangani isu ini dengan mendidik orang ramai mengenai konsep-konsep pertolongan cemas yang mudah difahami, sekaligus membolehkan mereka membuat persediaan bagi menyelamatkan nyawa.Kempen SAFE STEPS First Aid Merentasi Asia dari Yayasan Prudence

Pada dasarnya, SAFE STEPS First Aid terdiri daripada satu siri yang merangkumi enam video pengumuman perkhidmatan awam yang berdurasi satu minit untuk setiap video. Setiap video ini bertujuan membina pengetahuan mengenai topik asas pertolongan cemas, seperti patah tulang, lecuh, tercekik, CPR, pendarahan teruk dan strok. Video-video ini menyediakan panduan kritikal mengenai langkah-langkah yang patut diambil dalam keadaan kecemasan. Setiap pengumuman memaparkan salah satu daripada tiga duta SAFE STEPS First Aid yang dipilih oleh Yayasan Prudence atas dedikasinya dalam menyelamatkan nyawa dalam kehidupan harian mereka. Duta yang terdiri termasuk Maria Guevara (doktor dan pendukung humanisme), Marshello Aryafara (anggota penyelamat dari Bali), serta Wee Chee
Ong (paramedik dari Singapura).Kempen SAFE STEPS First Aid Merentasi Asia dari Yayasan Prudence

“Sebagai sebahagian daripada Prudential, Yayasan Prudence bertujuan untuk membantu keluarga dan komuniti menjadi lebih selamat dan berdaya tahan,” “Kami berbesar hati untuk melancarkan SAFE STEPS First Aid untuk mempromosikan maklumat penyelamatan nyawa yang kritikal serta kemahiran pertolongan cemas kepada orang ramai . Lanjutan kejayaan kerjasama kami dengan IFRC, NatGeo dan PBSMM, kami yakin program baru ini akan membantu masyarakat lebih bersedia untuk berdepan situasi yang mengancam nyawa, kerana setiap saat dapat menentukan hidup atau mati seseorang,” t

demikian kata Donald Kanak, Pengerusi Yayasan Prudence.Kempen SAFE STEPS First Aid Merentasi Asia dari Yayasan Prudence

“Kami amat teruja dengan penglibatan perniagaan dan komuniti bersama-sama mempromosikan pengetahuan keselamatan serta pertolongan cemas yang amat kritikal bagi keluarga dan komuniti di rantau ini,” “Pelancaran SAFE STEPS First Aid mencerminkan usaha IFRC dalam melengkapi orang ramai dengan kemahiran asas pertolongan cemas yang dapat menyelamatkan nyawa,”

kata Encik Xavier Castellanos, Pengarah Rantau, IFRC, Asia Pasifik.

Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd, Setiausaha Agung PBSMM berkata,

“Dalam keadaan kecemasan, kekurangan pengetahuan pertolongan cemas boleh menyebabkan kecederaan dan kecacatan yang berkekalan, bahkan kematian! Oleh itu, pelancaran ini sangat penting dalam membantu rakyat Malaysia lebih bersedia untuk menghulurkan bantuan perubatan dalam keadaan kecemasan.” Pengumuman perkhidmatan awam tersebut bakal disiarkan di saluran National Geographic dan FOX.

Tambahan pula, rakan-rakan kerjasama tempatan misalnya Astro akan menyokong program ini dengan menyiarkan pengumuman-pengumuman ini melalui saluran masing-masing. Bermula hari ini video tersebut bakal disiarkan di 17 saluran merentasi FOX Networks Group Asia yang mampu mencecah lebih 80 juta keluarga di rantau ini. Kandungan video akan diiringi dalam 9 bahasa tempatan iaitu Bahasa Malaysia, Indonesia, Burma, Kantonis, Khmer, Mandarin, Tagalog, Thai dan Vietnam. Di samping itu, pelbagai infografik serta maklumat yang berguna bakal dilancarkan menerusi kerjasama dengan pihak sekolah, universiti, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta beberapa syarikat swasta di seluruh rantau ini.

Segala maklumat mengenai SAFE STEPS First Aid boleh didapati di

Website SAFE STEPS – www.safesteps.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge