HARI USAHAWAN NEGARA 2022 DIMERIAHKAN 100 SELEBRITI, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak ke bazaar atau pameran sejak Covid-19 melanda.

HARI USAHAWAN NEGARA 2022

Kehadiran selebriti ini bakal menceriakan suasana di Hari Usahawan Negara yang berlangsung dari 24 Mac hingga 28 Mac 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mereka akan turut serta dalam aktiviti penjualan produk masing-masing menerusi lot pameran yang disediakan. Ada juga bakal mengadakan persembahan dan seisi beramah mesra bersama peminat.

SELERBITI TERLIBAT

Antara selebriti yang terlibat adalah Azlan Typewriter, Saharul Ridzwan, Azza Elite, Ayu Damit, Lan Solo, Zoey Rahman, Sabhi Saddi, Balkisyh Sumundur Khan, Syed Ali.

Pasangan adik beradiik Eida Moin, Edy Moin, Laila Nasir, Tash Yong, Qazem Nor, Azan Scan GV8, Siti Fazurina, Amai Kamarudin, Sefik, Azura Aziz, Jasmine Ashraff, Rashid Jaafar, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi. 

100 LOT PAMERAN

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM}, Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Hasan Mohd Nor sebanyak 1000 lot pameran disediakan secara keseluruhannya di HUN 2022.

500 lot untuk agensi kerajaan, korporat serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Ada juga 100 lot mobile truck, 100 lot * carboot, 120 usahawan Cina, lot-lot serambi dari Indonesia, lot koperasi dan 100 lot makanan. 

Tidak ketinggalan 100 Jot pameran khas buat selebriti tempatan turut disediakan sebagai tanda sokongan kepada selebriti kebanyakan kini sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. 

PEMANGKIN EKONOMI NEGARA

HUN 2022 ini diadakan sebagai pemangkin ekonomi negara yang mana sebelum ini kebanyakan usahawan terjejas kerana pendemik Covid-19.

Begitu juga dengan para selebriti yang hampir dua tahun pendapatan mereka terjejas kerana tidak dapat keluar bekerja. 

“Hikmahnya, saya lihat ramai selebriti sudah mula menjalankan perniagaan pelbagai jenis produk sebagai salah satu cabang pendapatan mereka. 

DPUKM sentiasa menyokong mereka yang ingin berniaga dan bersedia untuk memberi bantuan seperti menyalurkan informasi serta membimbing mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya,” ujar Abu Hasan.

PLATFORM TERBAIK UNTUK USAHAWAN

“HUN 2022 ini adalah platform terbaik buat usahawan termasuk selebriti . Disini kami ada pelbagai lot pameran dari agensi kerajaan yang sedia membantu berhubung perniagaan seperti pinjaman, perlesenan dan sebagainya. 

“Selain itu HUN 2022 juga menyediakan pelbagai program khusus buat usahawan dan bakal usahawan. Antaranya taklimat daripada pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online dan Akademi Jana Usahawan. 

“Turut diadakan taklimat mengenai kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), simposium ekonomi dan keusaha wanan, biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional) dan pocket talk (wawancara ikon usahawan secara langsung,”

-kongsi Abu Hasan. 


Buat pengunjung yang hadir pula terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya, car free morning, jogathon 1,000 peserta di Dataran Merdeka, acara rancangan main akal.

Persembahan battle of the band, pertunjukan kereta dan motosikal klasik, kereta mewah, Malam Aneka Ragam Pop Yeh Yeh, Retro Klasik, Warisan HUN dan belon udara panas. 

Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan untuk memeriahkan lagi HUN 2022 antaranya persembahan artis popular, car free morning dan jogathon 1,000 peserta di Dataran Merdeka. 

MALAM GALA ANUGERAH HUN 2022

“Pelbagai Anugerah Keusahawanan Kebangsaan akan diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebagai sebahagian daripada sambutan ini.

“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada usahawan dan pembina ekosistem keusahawanan atas dan ketekunan usaha_ cemerlang mereka menyumbang kepada sektor ekonomi negara,”


Acara kemuncak HUN 2022 adalah malam gala dinner yang diadakan pada 28 Mac ini, bersempena majlis anugerah untuk golongan usahawan. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge