HANYA DI AWESOME TV, PROGRAM MENARIK SEMPENA RAMADAN 2022! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sabar nak tonton pelbagai program menarik sempena Ramadan 2022.

AWESOME TV

Sempena bulan puasa ini, Awesome TV menampilkan rangkaian drama-drama terhebat khas untuk peminat drama Melayu tempatan.

‘Antara Ikhlas dan Kaca’ yang dibintangi oleh Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan dan Zain Hamid bakal menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

DRAMEDI

Manakala drama ‘Sudin Dah Kaya!’ yang menampilkan figura rock tanah air, Datuk Awie sebagai tonggak utama bersama Zalif Sidek, Umar Dzariff dan Marissa Yasmin pula bakal mengambil alih slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam.

OHSEM TELE

Mengisi slot ‘Ohsem Tele’ pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam turut menampilkan seleksi telemovie segar seperti ‘Permintaan Terakhir Abah’ yang dilakonkan oleh Hafizuddin, Jay Iswazir, Hazama dan Johan As’ari.

‘Pak Pokok Ketapang’, menampilkan gandingan Amerul Affendy, Dian P.Ramlee, Ezzaty Abdullah dan Hafizul Kamal serta ‘Hud’, diterajui oleh Fahrin Ahmad, Eira Syazira, Eqifshah dan Norlia Ghani.

Sutradara hebat tanah air, Rashid Sibir juga tampil dengan karya, ‘Jeman’, lakonan pelakon baru, Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana.

FILEM KITA

Slot ‘Filem Kita’ bersiaran pada setiap hari Jumaat, 11.30 malam membawakan seleksi filem tempatan pilihan seisi keluarga seperti ‘7 Petala Cinta’, ‘Semerah Cinta Steletto’, ‘Syurga Cinta’ dan ‘Aku Terima Nikahnya’,

SAHUR SPECIAL

Untuk ‘Sahur Special’ ditayangkan setiap hari Sabtu jam 4.00 pagi dimana membariskan filem filem throwback seperti ‘Si Badul’, ‘Tuan Badul’, ‘Driving School’, ‘Pening-Pening Lalat’ dan ‘Pagar Pagar Cinta’.

HIBURAN INFOTAINMENT

Dalam pada itu, slot ‘Hiburan’ bakal membariskan program-program menarik berbentuk infotainment dalam pelbagai genre seperti komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi.

Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Perang Malam Ini’, ‘Sketsa Sketso’, ‘Roller Kata’, ‘Laki Masak Bini Lucky’, ‘Jawapan Panas’, ‘Rumah Insaf’, ‘Memoria’ dan banyak lagi.

Selain itu terdapat beberapa slot khas seperti ‘Ohsem Lejen’, ‘Malar Segar’, ‘Hindi Special’ dan ‘Awesome Movie’ bagi hidangan tontonan Awesome TV.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge