Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Minggu yang lepas KP berkesempatan untuk mengunjungi “Health Lane” di Taman Bukit Maluri Kepong. Sewaktu berada di sini ada ditawarkan untuk Ujian Hemoglobin secara percuma buat orang ramai yang hadir di farmasi pada Oktober 24-25, 2015. Apa itu hemoglobin ? Kenapa perlu di uji hemoglobin? Kenapa ianya berkaitan dengan Anemia?

Prosedur mengambil sampel darah
Jari yang perlu dicucuk dicuci terlebih dahulu untuk memastikan jari tersebut bersih dari segala kuman atau kotoran




Klasifikasi Level Hemoglobin:
Bagi wanita yang bukan mengandung – kebiasaan bacaan ialah 12-15 g/dL. Jika ianya di bawah 12 maka kemungkinan untuk mendapat anemia itu ada. Perlu mengawal atau mengambil ubatan untuk mencegah
Bagi wanita mengandung – kebiasaan bacaan ialah 11 g/dL ke atas. Jika ianya di bawah 12\1 maka kemungkinan untuk mendapat anemia itu ada. Perlu mengawal atau mengambil ubatan untuk mencegah agar tidak terkena kepada bayi dan risiko ibu mengandung mengalami anemia adalah risiko tinggi
Bagi lelaki (ada kajian mengatakan lelaki juga mengalaminya) – kebiasaan bacaan ialah 13-18 g/dL. Jika ianya di bawah 13 maka perlu mengawal atau mencegah agar ianya tidak melarat
Selepas hasil bacaan dibuat, ahli farmasi yang membuat ujian akan menerangkan simptom-simptom anemia dan ubat-ubatan yang boleh membantu dan mencegah penyakit anemia.

Ingin juga membuat Ujian Hemoglobin dan ingin tahu lokasi yang terbabit? Klik sahaja pada link di bawah di mana tersenarai farmasi , tarikh dan juga lokasi buat yang berminat dan ianya adalah PERCUMA, TIADA BAYARAN DIKENAKAN. Perlu untuk membuat ujian agar senang untuk mencegah dan merawat andai mengalami anemia. Jangan risau kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. KP dah check anda bila lagi, jangan lengahkan masa?
Sangobion Website: Sangobion
#kitepunye #kitepunyedotcom #sangobion #anemia


