HABIB & RIMAU BERSATU SELAMATKAN HARIMAU MALAYA, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun ini tahun harimau jika mengikut Tahun Naru Cina. Ada berita baik untuk dikongsikan
HABIB & RIMAU BERSATU
HABIB menyokong Persatuan Perlindungan Harimau, Rimau.NGO, bagi menyelamatkan Harimau Malaya yang kian pupus dengan pelancaran syiling Wafer Emas 999 Edisi Terhad Harimau Malaya.
Pelancaran ini bersempena tahun harimau, menurut kalendar Tahun Baru Lunar. Sebagai sebuah jenama Malaysia, HABIB menyokong inisiatif murni Rimau.NGO .
Ini untuk melindungi spesis Harimau Malaya yang kini berada dalam keadaan terancam.
BANTU RIMAU.NGO
“Baru-baru ini, pemburuan haram hidupan liar terutama sekali Harimau Malaya semakin berleluasa, dan kami cakna mengenai perkara ini.
Kami berharap, sumbangan kami sedikit sebanyak dapat membantu Rimau.NGO dalam usaha mereka untuk mendapatkan lebih ramai ranger dan peronda hutan bagi membendung aktiviti pemburuan haram.
Yang paling utama sekali, melalui inisiatif ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai ngauman Pak Belang yang saban hari semakin sayup-sayup kedengaran di hutan belantara kerana kepupusan.
-kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer HABIB
KOLEKSI SYILING WAFER EMAS 999 EDISI HARIMAU MALAYA
Bertepatan dengan tahun ini yang merupakan tahun harimau, HABIB melancarkan koleksi Syiling Wafer Emas 999 edisi Harimau Malaya bagi mempamerkan keindahan hidupan liar dan kejadian alam di Malaysia.
Juga mendidik masyarakat untuk bersama-sama bersatu melindungi dan menyelamatkan Harimau Malaya yang kini kian pupus.
Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai negara dan juga segala keajaibannya, usahasama ini pastinya dapat menyelamatkan warisan kita. Malahan tindakan segera yang diambil dapat membantu usaha murni yang dilaksanakan oleh Rimau.
RIMAU.NGO
Rimau yang merupakan badan bukan kerajaan adalah organisasi yang tepat untuk HABIB bagi usaha sama ini.
RIMAU begitu fokus dan aggressif bagi mencapai matlamat membendung masalah ancaman harimau Malaya di Malaysia.”
“Harimau Malaya merupakan warisan dan identiti negara yang cukup berharga dan sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memainkan peranan untuk melindungi dan me,nyelamatkan haiwan ini daripada kepupusan.
“Kini hanya tinggal kurang dari 150 ekor Harimau Malaya di hutan semenanjung Malaysia.
Kami berharap agar usaha ini dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kita untuk menjaga dan menyelamatkan Harimau Malaya untuk generasi akan datang.”
-kongsi Ariffin selaku Presiden Rimau.NGO
UKURAN IMEJ HARIMAU MALAYA
Bersempena dengan Kempen Tahun Baru Lunar HABIB: Ignite The Spark yang kini sedang berlangsung di seluruh bilik pameran. HABIB tampil kreatif dengan menghasilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad dengan ukiran imej harimau Malaya.
Syiling wafer emas 999 ini dibungkus elok dalam sampul yang berwarna tuah iaitu merah dan emas, dengan rekaan unik bermotifkan belang harimau.
DISNEY X HABIB EDISI WINNIE THE POOH
Juga istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan koleksi syiling wafer emas 999 Disney X HABIB edisi Winnie The Pooh yang menampilkan dua karakter utama, Winnie dan Tigger.
Rekaannya yang comel bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut merasa teruja untuk memilikinya.
Majlis sumbangan ini diadakan di bilik pameran HABIB Bangsar Village II, dengan acara penyerahan cek bernilai RM38,888. Daripada Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin kepada Yang Berbahagia, Puan Lara Ariffin selaku Presiden Rimau.NGO.
Sebahagian daripada jualan syiling wafer emas 999 ini bakal disalurkan ke tabung Rimau.NGO
Pingback: TOUS MALAYSIA FLAGSHIP DIBUKA BANGSAR VILLAGE II, AMAZING!