DISNEY X HABIB WINNIE THE POOH, THE BEST!

DISNEY X HABIB WINNIE THE POOH, THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Tahun Baru buat semua. Macam mana setakat nie, semuanya berjalan dengan lancar?

Tahun Baru Cina mengikut kalendar pada 31 Januari 2022. Semestinya masing-masing akan menyambutnya dengan meriah. Jenama barangan kemas tempatan, HABIB tidak ketinggalan untuk turut bersama-sama meraikan perayaan ini

DISNEY X HABIB WINNIE THE POOH

Tahun Baru Lunar untuk tahun 2022 adalah tahun ‘Sang Harimau’. Karekter Sang Harimau sering dikaitkan dengan keberanian, sikap berdaya saing, yakin dan bercita-cita tinggi.

HABIB menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad diinspirasikan daripada ‘Harimau digabungkan dengan warna-warna tuah seperti merah dan emas.

Jangan lupa miliki syiling wafer emas 999 istimewa Disney X HABIB Winnie The Pooh: Edisi Tahun Baru Cina. Menampilkan dua rekaan unik Winnie dan Tigger dari kartun animasi tersebut.

SAMPUL DUIT ANG PAO

Secara tradisi, memberi sampul duit ‘ang pao’ kepada keluarga dan rakan-rakan adalah sebagai tanda keberkatan untuk memulakan tahun baru. Ia dipraktikkan sejak bertahun dahulu.

Pada zaman moden ini, wafer emas boleh dijadikan alternatif untuk berkongsi keberkatan bersama yang tersayang.

IGNITE THE SPARK

Bagi meraikan Tahun Baru Lunar kali ini, tema ‘Ignite The Spark’ diangkat. Kali ini menampilkan pelbagai seleksi barangan kemas baharu dengan rekaan unik dan warna-warna yang meriah. 

Apabila menjelang tahun baru, ianya sudah menjadi tradisi setiap keluarga untuk mengemas serta menghias rumah dengan pelbagai hiasan yang membawa kebahagiaan, keuntungan serta ketenangan.

RANTAI LOKET TANGLUNG

Tanglung antara perhiasan rumah yang wajib ada jika anda menyambut Tahun Baru Cina. Sehubungan dengan itu, HABIB tampil dengan rekaan yang diinspirasikan daripada tanglung, diperbuat daripada emas Oro Italia 916.

Didatangkan dalam warna-warna menguntungkan seperti merah, emas, merah jambu dan hijau. Rekaan ini juga dihiasi dengan juraian-juraian sebagai simbol yang membawa tuah dan kemakmuran.

Boleh didapati dalam emas 916 dan 750, koleksi ini sangat sesuai digayakan dengan pakaian serba baharu untuk melengkapkan penampilan pada hari perayaan istimewa ini.

KOLEKSI BERLIAN ILHAM BUNGA API

Menampilkan koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api, yang membawa erti kebahagian dan keberkatan kepada si pemakai menurut kepercayaan kaum Cina. Setiap barangan kemas ini dibuat dengan penuh teliti,

Ini untuk memasitikan bagi menghasilkan percikan bunga api yang sempurna, dihiasi berlian dan batu permata delima. Koleksi bunga api ini boleh didapati dalam bentuk set.

Pasti menyerlahkan penampilan sewaktu acara makan besar dan berkumpul bersama keluarga bagi meraikan kedatangan tahun baru. 

Semarakkan Tahun Baru Lunar dengan keluarga tersayang bersama HABIB. Dapatkan segera di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang kempen berlangsung dari kini sehingga 6 Februari 2022. 

Website | Facebook | Instagram

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge