Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
GYM & SWIMMING POOL DI FRASER PLACE PUTERI HARBOUR| Gym atau swimming pool? Ini diantara pilihan yang selalu mengganggu minda KP setiap kali bercuti. Mana taknya kalau menginap di mana-mana hotel, wajib ada ni dua ya!
Gym
Walaupun harian KP tidak ke gym atas sebab kekangan masa tetapi bila menginap di hotel untuk bercuti, KP akan curi masa. Mana taknya, inilah masa untuk menyihatkan badan selepas penat berkerja.
Jadi gym adalah diantara tempat wajib KP . Memandangkan masa ke sini masih dalam PKPB, SOP masih di ikuti tanpa ada yang tercicir. Dari scan QR code di luar pintu masuk, sanitize tangan semuanya ada.
Percaya ke tak, lepas angkat nie 3 kali terus surrender. Mana taknya lupa nak check berat. Pi ambil yang 7.5 siapa suruh. Biasa cuba yang 5.
antara yang ada di gymnasium sini.
Yang ini best, sambil exercise menikmati pemandangan. Walaupun pemandangan biasa saja tetapi tetap menarik sebab hijau. Jadi secara tidak langsung fikiran pun tenang
Nak lagi best masa tengah exercise mainkan muzik. Jadi baru lagi semangat, silap-silap tak sedar dah 3 jam kat dalam ni
Swimming Pool
Kalau KP lebih pada gym kids pula lebih kepada swimming pool. Sebaik yang boleh kalau menginap di hotel wajib ada swimming pool. Boleh lepak hingga 3 jam di sini.
Cantikkan ..Sambil berenang sambil tu menikmati pemandangan dari atas Fraser Place Puteri Harbour.
Pemandangan waktu malam dari atas kat swimming pool
Selain itu, ini KP kongsikan fasiliti lain yang ada di Fraser Place Puteri Harbour.
Ballroom
Untuk anda yang ingin membuat majlis sama ada makan malam, perkahwinan atau perjumpaan. Luas dan pastinya meriah majlis nanti
Meeting Room
Nak cari kelainan membuat mesyuarat atau perjumpaan kecilan boleh check di Fraser Place Puteri Harbour. Pelbagai pakej disediakan siap degan bilik dan makanan.
Inginkan maklumat lanjut tentang fasiliti di sini apa kata layari
Alamat:Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor