Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Guardian, yang kini menawarkan produk-produk berkualiti dan diyakini pada harga digemari menerusi ‘rebranding’ kepada produk-produk di bawah jenama “Guardian Corporate Brand”.
Tahukah anda dimana Guardian sendiri telah mengeluarkan lebih daripada 500 SKU dimana merangkumi setiap usia dan peringkat bermula dari aspek kehidupan seperti kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja , dewasa dan juga warga emas. Selain itu produk ini boleh didapati secara eksklusif di 420 cawangan Guardian di seluruh negara.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Encik Soren Lauridsen
“Ketika memformulasikan produk-produk ini, Guardian memilih kandungan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi dengan penuh teliti. Semua label yang dinyatakan itu disahkan melalui dokumen-dokumen sokongan demi memastikan kami dapat menawarkan produk yang selamat, telah diuji sebaiknya, terbukti dan memenuhi ciri-ciri yang dimahukan oleh pengguna. Selain mematuhi peraturan setiap badan berkaitan di semua negara di mana kami beroperasi.”
Produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’ ditawarkan pada harga yang mampu milik kerana ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Guardian begitu komited terhadap kualiti dan tahap piawaian yang ditetapkan dari segi keselamatan, kandungan dan proses. Langkah ini membuatkan pengguna sangat menghargainya terutama sekali pada keadaan ekonomi yang sangat menekan pada masa ini.
“Apabila membangunkan produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’, kami sentiasa mempertimbangkan keperluan para pengguna. Pada masa yang sama peka dengan trend kesihatan dan kecantikan global. Produk-produk kami dibangunkan dengan mengambil kira apakah trend seterusnya dalam industri kesihatan dan kecantikan. Jadi, pengguna akan sentiasa mempunyai produk-produk yang selari dengan trend terkini dari segi kandungan, material, teknologi dan inovasinya.
Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline
Semua produk penjagaan kulit dan badan Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya. Mereka di Guardian sangat bangga dengan jaminan bahawa produk-produk mereka telah diuji dan terbukti secara dermatologi ini kerana telah mematuhi tiga langkah jaminan kualiti Guardian.
Jenama gergasi produk kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat “Recommended by The Toughest Users” sebagai satu bentuk kempen yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU ‘Guardian Corporate Brand’. Ia merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, ‘Oral’ & Pisau Cukur, ‘Mask’ Muka dan kategori produk kesihatan.
Guardian akan menganjurkan kempen “Recommended by The Toughest Users” yang memberi manfaat kepada tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka.