Grab & Go – Coffee & Pastrie Untuk Minum Petang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru mengambil masa dalam 4-5 jam. Bergantung berapa kali berhenti di R&R atau tidak . Mana taknya nak kejar time check in 3 petang.
Perut berbunyi dan anak-anak pun dah mula bertanya. Petang nie nak makan apa ye? Dekat mana? Malasnya nak drive keluar walaupun dalam Nusajaya nie banyak kedai makan.
Grab & Go – Coffee & Pastrie
Masih lagi di Pinetree Marina Resort. Ianya adalah cafe Grab & Go menjual coffee dan pastri . Sesuai untuk menikmati minum pagi mahupun petang sementara menunggu temujanji.
Pilihan makanan pun banyak. Ada untuk anak-anak juga. Jangan risau
Buat masa PKPB, Grab & Go menawarkan khidmat penghantaran di seluruh bandar Johor. Mohon untuk order 1 jam sebelum ye . Cukuplah masa untuk memanaskan atau membuat coffee anda.
Penghantaran akan mengambil masa dalam 30 minit bergantung pada keadaan. Promosi terbaru biasanya akan dikongsikan didalam Facebook Pinetree Marina Resort.
Offer Pizza Deal
Kebetulan masa KP mencari hidangan untuk menjamu minum petang, ada promosi sedang berlangsung. Hanya RM 20.00 nett. Tiada caj lain dikenakan untuk
Tandori Pizza X 1
Hawaiian Pizza X 1
Minuman Pilihan X 1 (Latte/Cappucino/Hot Chocolate)
Tandori Pizza
Jika anda berminat dengan ayam tandoori di luar sana apa kata cuba perisa pizza ini. Macam makan ayam tandoori cuma di letakkan isinya diatas doh pizza.
Nampak tak bawang besar wajib ada kan! Kalau tak,nikmat tandoori tu hilang.
Hawaiian Pizza
Berbeza dengan pizza yang biasa dimakan. Lebihkan cheese dan nenas pasti lagi menarik. Makan wajib masa panas ye .
Muffin
Ini diantara favourite dan kegemaran kids. Kalau di Grab & Go wajib pesan nie ya .
Chocolate chips , Pineapple, Red velvet dan Green Tea
Dah cuba pineapple muffin. Memang rasa lain. Tak sangka nenas pun boleh di olah menjadi muffin. Kids dah serbu chocolate chips dari awal
Cookies
Teringat-ingat lagi rasa cookies ni terutama sekali dark chocolate. Staff di Grab & Go – Coffee & Pastrie syorkan untuk menikmatinya dengan minum panas. Boleh minta staff untuk panaskan
Nampak tak permainan-nya. Terus order minuman panas untuk nikmati sekali.
Minuman
Memandangkan kami berempat jadi setiap sorang ambil satu minuman. Nak kongsi yang coffee disini adalah dari Cafes Richard. Biji coffee yang dibuat minuman semuanya dari Cafes Richard.
Minuman patut cuba
Hot Mocha.
Peminat mocha wajib cuba
Charcoal Rose Latte
Minuman terbaru yang patut dicuba. Di hiasi dengan kelopak bunga rose. Tiada coffee sebab ianya adalah charcoal latte. Minum panas-panas baru terasa kenikmatannya.
Hot Chocolate
Peminat si kecil . Boleh hadap sorang-sorang.Tak semestinya mak ayah saja minum, kids pun boleh enjoy sekali
Kenyang perut suka hati, boleh lah rehat sebentar sementara nak tunggu makan malam.
Jangan lupa pesan hidangan yang KP kongsikan. Kalau anda berada berdekatan dengan Pinetree Marina Resort. Untuk maklumat lanjut boleh layari di
Website|Facebook |Instagram| Email|
Alamat :Jalan Persiaran Tanjung,Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor
lain macam charcoal rose latte tuu… siap tabur2 bunga lagii… apa laa agaknya rasa dia yer… lain dari yang lain.